Lelaki ini sewa dan jual ratusan kereta, untung sampai RM2.5 juta!

2472

Kes sewa kereta dan kemudian menjualnya pernah berlaku di negara kita. Taktik licik ini juga turut digunakan oleh pencuri di India, dimana lelaki ini berjaya mencuri 265 kereta dengan cara tersebut.

gambar hiasan

Baru-baru ini, pihak polis India berjaya menemui 200 buah kereta yang bernilai RS4.5 juta (RM2.5 juta), dimana ratusan kereta ini dijual oleh individu yang menyewanya sebagai teksi.

Dengan penemuan ini, pihak polis berusaha untuk mengembalikan kesemua kereta tersebut kepada pemilik asalnya dalam masa kurang dari sebulan.



sewa kereta

Selain itu, suspek utama kes ini iaitu Ketul Parmar juga telah berjaya ditahan pada 7 Jun lalu. Hasil tangkapan itu juga berjaya membawa pihak polis kepada individu yang bertanggungjawab membeli kereta curi tersebut.

Difahamkan, Ketul Parmar menjual kereta yang dicurinya di pelbagai kawasan, iaitu Gujarat dan Maharashtra, dengan nilai separuh harga daripada harga biasa. Oleh itu, ramai orang berminat untuk membeli kereta yang dicurinya.

Polis kini berjaya mengembalikan 22 kereta kepada pemiliknya. Lebih daripada 60 laporan masih belum selesai di mahkamah. Apabila mahkamah telah membuat keputusan, lebih banyak kereta akan diserahkan kepada pemiliknya.

Ketul Parmar kini ditahan dan dikenakan pelbagai tuduhan, seperti pecah amanah, penipuan dan pemalsuan dokumen.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here