Toyota UK letak tanda yang tak dapat dilihat pada catalytic converter untuk kesan pencuri

1927

Harga elemen besi yang bernilai kini melonjak ke paras yang tertinggi, menyebabkan pencuri catalytic converter semakin bergiat aktif di United Kingdom (UK).

catalytic converter toyota

Oleh itu, pihak Toyota United Kingdom telah mengumumkan bahawa mereka akan berusaha untuk menangani kes kecurian dan menangkap pencuri terlibat.



Menurut pengeluar tersebut, mereka akan membelanjakan lebih dari £1 juta (RM5.8 juta) untuk menambah tanda rahsia kepada lebih 100,000 catalytic converter di seluruh UK. Semua pemilik perlu membawa kereta mereka ke ke pusat servis Toyota berdekatan.

Kereta seperti Toyota Prius, Auris Hybrid, Yaris Hybrid dan Lexus RX Hybrid menjadi sasaran pencuri, kerana mengandungi elemen besi berharga dengan kepekatan yang lebih tinggi.

catalytic converter

Oleh kerana catalytic converter pada kenderaan hibrid mempunyai beban kerja yang lebih ringan daripada kenderaan biasa, ianya biasanya berada dalam keadaan yang lebih baik.

Menurut This Is Money, tanda rahsia yang akan digunakan oleh Toyota dikenali sebagai Smartwear dan telah mendapat persetujuan polis tempatan. Tanda ini tidak akan kelihatan, dan sekiranya ia dijumpai, catalytic converter akan dapat dikesan.

catalytic converter toyota

Bahan dalam Catalytic converter termasuk logam seperti platinium, palladium, dan rhodium, yang kini bernilai USD27,000 (RM111k) per ounce.

“Kami gembira dapat memulakan inisiatif ini, dan membantu pihak polis dalam memerangi jenayah ini.

“Bukan itu sahaja, inisiatif ini juga untuk memberi peringatan kepada penjenayah bahawa mereka berkemungkinan akan ditangkap jika mencuri catalytic converter dari kereta Toyota atau Lexus,” kata pengarah perkhidmatan pelanggan Toyota GB, Rob Giles.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here