Pemandu lori mabuk cedera dipukul empat lelaki

960

Seorang pemandu lori yang mabuk cedera dipukul empat lelaki menggunakan topi keledar ketika mahu memasuki sebuah kedai runcit di Batu 2, Kuala Selangor pada Jumaat lalu.

pemandu lori mabuk
gambar hiasan

Dalam kejadian pukul 8 malam, mangsa berusia 45 tahun lebam di bahagian muka kiri selain luka di dagu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku apabila mangsa dalam keadaan mabuk selepas meminum enam tin arak telah menunggang motosikal menuju ke kedai runcit tersebut.



Katanya, mangsa yang tiba di lokasi kejadian mahu ke dalam kedai runcit kemudiannya dikepung kira-kira 20 lelaki.

“Empat individu daripada kumpulan tersebut telah bertindak memukul mangsa dengan menggunakan topi keledar.

“Mangsa kemudiannya telah mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Tanjong Karang dengan lebam di bahagian kiri muka dan luka di dagu,” katanya.

Beliau menambah, mangsa dikatakan tidak mengetahui punca dipukul serta tidak dapat mengingati apa yang berlaku disebabkan berada dalam keadaan mabuk.

Ramli memberitahu, mangsa turut menyatakan tidak mempunyai musuh dan berhutang dengan mana-mana pihak.

“Usaha mengesan suspek terlibat sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here