Lalu lintas sesak gara-gara dua lelaki disyaki mabuk tertidur di lampu isyarat

2683

Kes kemalangan akibat pemandu mabuk merupakan salah satu faktor terbesar yang menyumbangkan kepada jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia.

gambar hiasan

Terbaru, tular satu rakaman video menunjukkan dua orang pemuda ditemui tertidur di dalam sebuah Honda City di hadapan lampu isyarat setelah disyaki mabuk.

Perbuatan mereka telah menyebabkan gangguan lalu lintas hingga menyebabkan  pengguna jalan raya terkandas dalam kesesakan trafik jalan raya. Namun tidak dapat dipastikan di mana kejadian ini berlaku.



Perkongsian video tersebut telah mendapat ribuan reaksi dan pandangan daripada pengguna media sosial.

Rata-rata ramai warganet yang terkesima melihat mereka berdua boleh tidur tidak sedarkan diri walaupun perakam video telah melaung dan menggoncang pintu untuk mengejutkan mereka.

mabuk tertidur

Pada masa yang sama, ramai warganet memuji ‘tindakan’ mereka kerana tidak meneruskan pemanduan dalam keadaan mabuk yang boleh membahayakan diri mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here