Ini 3 fakta ringkas bas mini Toyota e-Palette Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo (2020)

1968

Toyota merupakan penaja utama Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo (2020) dan bertanggungjawab menyediakan pengangkutan untuk atlet ketika berlangsungnya kejohanan sukan terbesar dunia tersebut.

e-Palette

Antara kenderaan yang disediakan adalah Toyota e-Palette, iaitu sebuah ‘bas kecil’ berkuasa elektrik sepenuhnya yang menggunakan teknologi pemanduan autonomi.



Selain bentuk unik, sistem pengurusan operasi e-Palette berasaskan idealogi Sistem Pengeluaran Toyota (TPS) dan dioperasikan menerusi fungsi perisian sistem baharu iaitu Platform Servis Mobiliti Toyota (MSPF) dengan Sistem Pengurusan Mobiliti Autonomi (AMMS).

Ia bagi membolehkan kesinambungan pada kenderaan dilakukan dengan Platform Task Assignment e-Pallete (e-TAP) yang mengatur dan memantau perjalanan kenderaan ini kepada pengguna.

Pemanduan automatik halatuju rendah dengan fokus keselamatan

Untuk keselamatan ketika bergerak e-Palette dilengkapi pengesan seperti kamera dan LiDAR yang digabungkan dengan sistem pengurusan operasi dan pemetaan tiga dimensi (3D) berketepatan tinggi.

Bas kecil itu juga dilengkapi dengan sistem autonomi tahap 4 (SAE International) yang hanya memerlukan seorang pengendali untuk memantau operasi pemanduan dengan sistem kawalan melalui paparan digital untuk operasi keseluruhan.

Sistem ini dapat memendekkan masa menunggu dan mengelakkan kesesakan dengan aturan formasi kenderaan secara automatik. Pusat kawalan akan mengawal perkhidmatan dan jarak yang lebih selamat.

Melalui sistem dan perisian yang dibangunkan, ia tidak memerlukan pemandu dan hanya menggunakan kuasa elektrik yang disalurkan daripada bateri.

Pengecasan penuh menawarkan jarak perjalanan sejauh 150km dengan kelajuan 20kmj.

Direka untuk keselesaan

Reka bentuk konsep kiub dengan diameter 5,225mm panjang,  2,065mm (lebar), 2,760mm (tinggi) dan jarak antara roda 4,000 mm.

Pada satu masa e-Palette boleh memuatkan sehingga 20 penumpang termasuk seorang operator.

Selain itu, bas mini itu juga boleh memuatkan sehingga empat kerusi roda dan tujuh penumpang dalam satu masa yang sesuai untuk kegunaan atlet paralimpik. 

Masuk/keluar mudah 

Kedudukan lantai yang rendah, bumbung tinggi, pintu lebar serta pelantar elektrik untuk kegunaan penumpang kerusi roda ataupun kerusi bayi menjadikan e-Palette ini sebagai pengangkutan mesra pelbagai lapisan pengguna. 

Tingkap yang luas bukan sahaja menjadikan ruang dalaman lebih lapang bahkan turut didatangkan dengan besi pemegang antivirus.

Selain itu, pintu gelongsor yang luas dibuka setiap kali penumpang keluar dan masuk membolehkan pengudaraan lebih baik dalam kabin.

Ia juga didatangkan dengan sistem Kawalan Ketibaan yang akan berfungsi ketika tiba di destinasi membolehkan penumpang keluar dan masuk dengan lancar dan pantas.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here