McLaren 720S Spider rasmi lancar di Malaysia, RM1.2 juta

2839

SELEPAS debut rasmi di Eropah, Disember lalu, McLaren 720S Spider kini tiba ke Malaysia, dibawakan McLaren Kuala Lumpur, sekali gus barisan model sedia ada seperti 570S Coupe, 570S Spider, 600LT Coupe, 600LT Spider dan 720S Coupe.

Model ini didatangkan dalam dua pilihan varian, Performance dan Luxury pada harga jualan RM1.2 juta.



Enjin V8 turbo berkembar

McLaren 720S Spider dibina berasaskan platform monokok gentian karbon MonoCage II yang juga digunakan pada model McLaren lain. Dipacukan enjin 4.0L Twin-Trbocharged V8, model ini mampu menjana kuasa setinggi 720hp @ 7500rpm dan tork maksimum 770Nm @ 6,500rpm.

Hantaran kuasa liar disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi 7-kelajuan, manakala pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 2.9 saat. Kuasa ekstrem itu mampu dicapai menerusi berat badan lebih ringan, 1,468kg dan agihan nisbah berat ideal, 42 peratus (depan) dan 58 peratus (belakang).

Jika dipandu dengan bumbung dibuka, 720S Spider mampu mencapai kelajuan maksimum 341kmj, manakala dengan bumbung ditutup, 325kmj. Sebagai tambahan, bumbung model ini boleh berfungsi ketika kenderaan memecut dalam kelajuan 50kmj, iaitu hampir dua kali ganda operasi berbanding bumbung 650S Spider (30kmj).

Bahan gentian karbon

Seperti model McLaren lain,  720S Spider menggunakan struktur gentian karbon Monocage II-S yang lebih kuat, kukuh dan ringan daripada McLaren Monocage, sekali gus menyumbang kepada prestasi dinamik. Monocage II-Sialah hasil penambahbaikan dilakukan McLaren daripada Coupe Monocage II, iaitu casis tanpa pusat ‘tulang belakang’ dari depan ke belakang atas kabin.

Struktur paling belakang bahagian atas juga unik. Ia mampu menampung bumbung keras boleh lipat. Selain itu, rel atas cermin depan turut dirombak yang menggabungkan mekanisme selakan pusat. Sokongan struktur gentian karbon tetap dipasangkan pada belakang Monocage II-S untuk memberikan perlindungan kepada penumpang jika berlaku kemalangan yang menyebabkan kereta tergolek.

Monocage II turut menyediakan tambahan poin pautan utama untuk sistem bumbung dan tali keledar. Sokongan keluli gentian karbon menyumbang kepada berat jentera lebih ringan 6.8kg berbanding 650S, manakala berat keseluruhan 720S Spider lebih ringan 49kg berbanding 720S Coupe. 

Rekabentuk bumbung boleh buka baharu

Bumbung keras boleh retrak (retractable hard top, RHT) 720S Spider direka baharu sepenuhnya dengan menggunakan panel bumbung gentian karbon sebagai standard. Bumbung tersebut menawarkan efek siluet bersama ciri aerodinamik tersendiri, manakala struktur atas adalah daripada gentian karbon sepenuhnya apabila bumbung ditutup.

Mekanisme retrak (buka-tutup) bumbung dilakukan secara elektrik dan bukan hidraulik. Sistem berkenaan adalah jenis operasi bumbung konvertibel paling pantas dalam kelas supercar setakat ini. Ia dapat dilakukan dalam masa 11 saat sahaja, iaitu enam saat lebih cepat daripada 650S Spider.

Kabin ringkas, pintar

Cermin pintu tanpa frem menyambut pemilik untuk duduk dalam kabin. Bahagian tengah papan pemuka tersedia skrin infotainment resolusi tinggi 8-inci sebagai hab kepada fungsi utama kereta.  Paparan antaramuka skrin memaparkan fungsi audio, media, navigasi, kawalan suhu dan beberapa aplikasi utama lain.

Kawalan suhu dwi zon dan sistem penyaman udara diubah suai semula untuk Spider 720S untuk mengesan situasi bumbung diaktifkan. Kemudian, sistem pintar itu akan berfungsi melaraskan suhu dan aliran udara secara automatik mengikut pilihan tetapan ambien dengan meningkatkan aliran udara ke dalam kabin dan mengalirkan lebih banyak udara ke kawasan kaki atau atas kabin.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here