Lapan kereta milik Sebastian Vettel untuk dijual, banyak model Ferrari!

2484

Juara dunia Formula 1 empat kali, Sebastian Vettel yang kini bersama pasukan Aston Martin untuk musim Formula 1 2021 baru-baru ini membuat keputusan untuk ‘berpisah’ dengan beberapa buah kereta dalam koleksi peribadinya.

Walaupun jumlah keseluruhan koleksi kereta milik Vettel masih belum dikenal pasti, difahamkan lapan unit daripada koleksi tersebut akan dijual melalui Tom Hartley Jnr di United Kingdom.



Tiga kereta paling mahal antara lapan unit yang disenaraikan untuk dijual adalah Ferrari LaFerrari 2016, Ferrari Enzo 2004, dan Ferrari F50 1996. Ketika artikel ini ditulis, model LaFerrari dan Enzo telah dijual, dan harga bagi kedua-dua supercar tersebut tidak didedahkan.

kereta sebastian vettel

Ferrari F50 dibeli oleh Vettel pada tahun 2015, ketika tahun pertamanya bersama pasukan Scuderia Ferrari F1. Ketika dijual, supercar tersebut memiliki perbatuan hanya 6,939km.

Vettel juga sebelum ini difahamkan telah menjual dua buah Ferrari miliknya. Model yang pertama ialah F12tdf 2016 yang dibelinya baharu, dan memiliki perbatuan hanya 1,183km.

kereta sebastian vettel

Model kedua pula ialah 458 Speciale, dimana jentera ini juga dibeli baharu oleh Vettel dan kemudian dijual dengan perbatuan hanya 3,077km.

Selain Ferrari, Vettel juga difahamkan memilik tiga buah koleksi dari jenama lain iaitu Mercedes-Benz SL65 AMG Black Series, Mercedes-Benz SLS AMG 2010, dan BMW Z8 Roadster 2002.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here