Proton Persona dan Exora Black Edition dengan gaya premium serba hitam, 500 unit, dari RM54,700

3311

Proton telah melancarkan dua model baru edisi khas iaitu Persona dan Exora Black Edition, serentak dengan pelancaran Iriz dan Saga R3 Limited Edition.

Berbanding dengan Iriz dan Saga yang menerima sentuhan sporti dan elemen perlumbaan, Persona dan Exora Black Edition pula diberikan gaya lebih premium dan eksklusif dengan warna serba hitam disulami highlight berwarna keemasan.



Berikut adalah ciri utama pada Persona dan Exora Black Edition:

Proton Persona Black Edition

  • RM54,700, jaminan 5 tahun atau 150,000km
  • Terhad kepada 500 unit
  • Warna badan Quartz Black
  • Kemasan berwarna emas pada bampar depan, skirt tepi, rim 15-inci, bampar belakang dan lencana but
  • Gril warna hitam sepenuhnya, dan tiang-B dengan kemasan berkilat
  • Warna keemasan pada corong pendingin hawa, konsol tengah, keliling tombol gear, dan jahitan kulit
  • Pelapik bumbung hitam

Ciri lain adalah dikekalkan dari Persona varian Premium sedia ada, iaitu lampu depan halogen, DRL LED, sistem infotainmen GKUI dengan arahan suara, paparan skrin sesentuh 7-inci, dan kamera undur.

Begitu juga dengan powertrain, mengekalkan enjin 1.6-liter VVT berkuasa 107hp dan 150Nm tork, bersama transmisi CVT.

Proton Exora Black Edition

  • RM67,800
  • Terhad kepada 500 unit
  • Warna badan Quartz Black
  • Trim keemasan pada bampar dan decal pada sisi bawah
  • Rim aloi 16-inci
  • Balutan kulit dan panel pintu hitam, dengan jahitan kontra
  • Trim keemasan pada konsol pendingin hawa dan tombol gear

Dari aspek lain, segalanya dikekalkan termasuklah enjin dan transmisi. Ini bermakna Exora Black Edition dipacu oleh enjin 1.6-liter Campro CFE dengan 140hp dan 205Nm tork, dipadankan dengan CVT.

MPV ini turut mendapat monitor overhead baharu, dan paparan skrin sesentuh dengan GKUI dan fungsi arahan suara.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here