Sebastian Vettel tinggalkan Ferrari penghujung musim ini, siapa bakal ganti tempatnya?

1359

Prinsipal pasukan Ferrari, Mattia Binotto berkata keputusan itu ialah persetujuan dua hala antara dia dan Vettel. Menurutnya, “ia bukan satu keputusan yang mudah dicapai, dengan kepentingan Sebastian sebagai pemandu dan perseorangan.”

Dia menambah: “Masanya telah tiba dimana kami bergerak ke arah berlainan untuk mencapai matlamat kami.”



Vettel berkata “tiada lagi kehendak bersama” untuk terus bekerja bersama antara dua pihak.

Juara dunia 4-kali dari Jerman itu menambah: “Untuk mendapat keputusan terbaik dalam sukan ini, penting untuk semua pihak bekerja dengan harmoni. Hal kewangan tidak menjadi isu dalam keputusan ini.”

Sementara itu, rakan sepasukan Vettel, Charles Leclerc mengulas, “Ianya satu penghormatan untuk menjadi rakan sepasukan kamu. Kita telah mempunyai saat-saat genting di litar.”

“Ada saat yang sangat bagus dan ada yang tidak begitu menarik untuk kita. Tapi akan sentiasa ada rasa hormat, walaupun ia bukan dengan cara ini dari luar.”

“Saya tidak pernah mempelajari begitu banyak perkara seperti masa saya menjadi rakan sepasukan kamu. Terima kasih untuk segalanya, Seb.”

Siapa pengganti Vettel?

Spaniard Carlos Sainz, kini pemandu McLaren, ialah antara yang dikaitkan dengan tempat Vettel. Jika Sainz meninggalkan McLaren, satu pilihan untuk pasukan itu ialah Daniel Ricciardo dari Renault.

Pelumba Australia itu telah berbincang dengan McLaren pada 2018 semasa dia sedang berkira-kira untuk meninggalkan Red Bull, sebelum akhirnya mengambil keputusan pergi ke Renault.

Ricciardo diketahui tidak begitu selesa di pasukan Perancis itu dan ada bercakap untuk pergi.

Vettel juga mungkin menjadi satu pilihan untuk McLaren, jika dia bersedia untuk pergi ke satu pasukan yang sedang dalam proses penstrukturan semula.

Jika tidak, masa depannya dalam F1 menjadi tidak menentu.

Pasukan Renault juga mungkin menjadi pilihan, tetapi mereka – seperti McLaren – kini dalam proses penstrukturan semula dan mungkin tidak tertarik kepada nama-nama besar seperti Vettel.

Lewis Hamilton, yang juga akan tamat kontraknya pada hujung musim ini telah beberapa kali menunjukkan hasratnya untuk kekal di Mercedes.

Dan Red Bull, dimana Vettel memenangi kejuaraan dunianya sebanyak 4 kali, telah berkata yang mereka tidak akan menggandingkan bintang pelumba Max Verstappen dengan seorang lagi pemandu teratas – dan Vettel juga pasti tidak berminat berganding dengan pelumba Belanda itu.

Pilihan lain untuk Ferrari adalah Ricciardo atau Antonio Giovinazzi yang berlumba untuk pasukan Alfa Romeo. Maka tidak mungkin Hamilton akan menyertai Ferrari.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here