Kesalahan dirakam oleh unit bermotosikal JPJ, tunggu surat saman sampai rumah!

281

Anda kini boleh disaman hanya dengan satu ‘teguran’ oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Unit Penguatkuasaan Bermotosikal mereka.

Melalui inovasi terkini mereka bagi memantau pematuhan rakyat terhadap undang-undang jalan raya, mereka kini dilengkapi alat perakam video mudah alih berteknologi tinggi.

Difahamkan, perakam video yang diletakkan di bahagian topi keledar anggota JPJ itu akan merakam pelbagai kesalahan pengguna termasuk tidak memakai topi keledar.

Seterusnya, video yang dirakam itu akan dihantar secara langsung kepada sistem JPJ sebelum urusan saman dibuat kepada pesalah jalan raya.

Menerusi satu video berdurasi satu minit 40 saat yang tular di laman sosial media, beberapa pengguna jalan raya telah disaman oleh unit JPJ itu berikutan kesalahan seperti tidak memakai topi keledar dan membuat pusingan-U di tempat yang tidak sepatutnya.

Tindakan mereka itu turut dirakam menerusi rakaman video dan dihantar kepada sistem JPJ untuk urusan saman.

“Kenapa tak pakai topi keledar ni? Masuk pun jalan sehala. Abang tunggu surat sampai rumah ya, sudah rakam ni,” kata anggota JPJ itu.

Bagi kami ini satu inisiatif yang sangat menarik untuk JPJ. Bukan sahaja tugas mereka lebih mudah, malah menjimatkan masa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here