Yamaha RX-Z Energy biru bohjan RM60k terjual kurang 24 jam, terima kasih pada kaki kecam!

3452
Pada 20 September lalu, pemilik akaun Facebook Joe Shaari memuatnaik status iklan jualan sebuah model Yamaha RX-Z untuk dilepaskan.
 
 

 
Menerusi iklan itu, Joe menjelaskan pemilik meletakkan harga jualan RM62,000 untuk motosikal dan RM65,000 bagi topi keledar Bell jingga. Sekiranya beli kedua-dua, harga kombo ialah RM122,000.
 

Dia juga menjelaskan Yamaha RX-Z itu merupakan orimoto yang mana 90 peratus komponen adalah NOS (New Old Stock) dan warna badan dicat semula. Menariknya tidak sampai 24 jam iklan tersebut disiarkan sudah ada pembeli yang berminat.

Walaupun menerima kecaman, Joe tidak melatah kerana mereka membantu mempromosikan iklan berkenaan. Dia mengumumkan Yamaha RX-Z itu sudah dijual kepada pembeli dari Kedah pada harga RM60,000.

“Demo kenal bare boh. Senang handle tak cerewet. Terima kasih kepada semua yang share dan juga pada komen, yang kecam tu kita rilekje kerana merekalah yang tolong kita untuk famouskan posting kita.



“Senang cari buyer, takdela sendu je tiada yang komen. Kaki kecam tu macam biasa la bila kita post jualan mereka kata siapa yang nk beli harga, bila dah jual mereka kata tu semua marketingje padahal kawan2 yg snap gmbr berlakon buyer, Joe dah lama jadi broka barang macam ni.. dah tak kesah janji dapat komisyen,” jelasnya. 

Menjawab kecaman daripada pihak netizen, Joe menjelaskan hanya mereka yang bermain dalam bidang berkenaan sahaja tahu mengapa harga RX-Z cukup tinggi. Ini kerana tawaran terhad dan permintaan yang tinggi membuatkan harga jualan mencanak. 

Dia juga menunjukkan resit pembayaran sebagai bukti motor tersebut sudah dibeli dan bukannya sekadar teknik pemasaran. 

“Dalam hidup mereka mungkin semua tak kena kot. Semua orang kena ikut dia. Lantak kome la nak tulis apa, Joe tak rugi satu sen pun haipp. Apa2 pun Syukur Alhamdulillah kepada Allah memudahkan urusan joe sampai ke hari ini,” tambahnya. 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here