Aksi berani mati tunggang Vespa turun serombong setinggi 110 meter

1150

Pelagak ngeri, Gunter Schachermayr menunggang Vespa menuruni serombong setinggi 110 meter di Slovakia.

Kerja gila itu bukanlah dilakukan secara suka-suka melainkan Schachermayr dalam usaha mengumpul rekod Guiness World Records paling banyak menunggang Vespa.

Dia yang berasal dari Austria menunggang Vespa yang diikat dengan tali ketika menuruni serombong.

Aksi berkenaan tidak mudah selain menuruni bangunan tinggi dia perlu memastikan tayar skuter berhubung dengan dinding serombong.

Enjin Vespa juga tidak dihidupkan bagi tujuan keselamatan dan  Schachermayr perlu meletakkan kakinya ke bawah bagi mengimbangi motosikal agar kekal dalam kawalan. 

Jom Baca:   Pemuda ini tolak tiga tawaran universiti, pilih jadi pemandu bas

Sebelum ini, Schachermayr pernah melakukan aksi terjun dari belon udara sambil menunggang Vespa selain menukar tayar ketika berlumba, melakukan wheelie tanpa tayar depan serta paling berani jentera Ferrari menarik skuter dinaiki Schachermayr pada kelajuan mencecah 200 km/j.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here