Lambretta G-325, pesaing vespa berbadan keluli penuh

4315

Selepas dipamerkan beberapa ketika dahulu, skuter ikonik dari Itali, Lambretta akan  bersedia untuk melancarkan model baharu mereka yaitu Lambretta G-325 Special ke pasaran. Produk ini sebelum ini dipamerkan di Pameran Motor EICMA 2019 yang lalu.

Jentera ini akan mula dipasarkan pada tahun 2020. Seperti yang disebutkan oleh Motovaganza, skuter ini akan dilancarkan di Thailand, sebelum akhirnya dipasarkan ke beberapa negara lain termasuk Indonesia.



Lambretta G-325 Special adalah produk ketiga untuk melengkapkan model V200 Special dan V125 Special yang telah dikeluarkan dan dipasarkan.

G-325 Special dilengkapi gabungan reka bentuk yang sangat unik, klasik dan moden. Ciri-ciri khas utama yang terdapat pada Lambretta adalah dibahagian lampu, masih dikekalkan sehingga sekarang. Walaupun begitu, lampu yang digunakan sudah dikemaskini, dimana kini ia menggunakan model LED.

Selain itu, badan motor akan menggunakan monocoque keluli penuh, yang dilengkapi dengan panel di sebelah kiri dan kanan. Bahagian yang paling menonjol dari G-325 Special pastinya pada enjin yang disertakan.

Kapasiti enjin 325cc, yang dianggap sebagai pesaing utama Vespa 300cc. Setakat ini, jualan V200 agak baik, dan ia berkemungkinan akan menjadi tulang belakang baru untuk Lambretta jika ia memasarkan G-325 Special.

Dengan 610 penjual di 37 negara, fokus Lambretta masih sama, iaitu menjadi salah satu jenama gaya hidup terkemuka dalam segmen skuter klasik Itali. Oleh itu, lambat laun Lambretta akan memberi tumpuan lebih kepada membangunkan pelbagai motor elektrik dan skuter dan penggunaan teknologi Hydrogen2.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here