#MAS2025: Lambretta Malaysia previu skuter elektrik Elettra

19

Jenama skuter legenda asal Itali, Lambretta mempamerkan model konsep skuter elektrik yang dinamakan sebagai Lambretta Elettra pada acara Malaysia Autoshow (2025). 

Model konsep itu pertama kali diperkenalkan pada Pameran Motosikal Antarabangsa Milan (EICMA) 2023.

Lambretta Elettra memiliki salah satu ciri reka bentuk menarik iaitu mekanisma inovatif pada bahagian hendal dan tempat duduk yang boleh dilipat.

Ini bukan sahaja menambah elemen visual unik, tetapi juga mempunyai fungsi praktikal untuk pengecasan atau penyimpanan.

Elettra menampilkan gabungan unik antara gaya ikonik Lambretta dengan elemen reka bentuk moden dan futuristik.

Spesifikasi yang didedahkan pada EICMA (2023) :

  • Motor Elektrik: Dilengkapi motor segerak magnet kekal (PMSM) 4kW dengan kuasa puncak 11kW dan tork 258Nm. 
  • Bateri: Menggunakan pek bateri berkapasiti 4.6 kWh.
  • Kelajuan Maksimum: 110kmj.
  • Pengecasan: Menyokong pengecasan AC dan DC. Pengecasan pantas DC boleh mengisi bateri dari 0-80 peratus dalam masa kira-kira 36 minit.

Lambretta Elettra versi produksi dikatakan akan mempunyai tiga mod tunggangan Eco, Ride, dan Sport.

Lambretta menyatakan jarak gerak boleh mencecah sehingga 127km dengan sekali cas penuh pada purata kelajuan sekitar 40kmj.

Jika menunggang dengan lebih laju, jarak gerak hanya mencapai 60 km dengan anggaran purata kelajuan berterusan pada 80kmj. 

Lambretta menyatakan isian bateri penuh akan mengambil masa kira-kira 5 jam 30 minit menggunakan pengecasan AC. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here