Utama Berita Automotif Niu FQiX 300: skuter kompak kelas A1 yang sarat dengan ciri bantuan...

Niu FQiX 300: skuter kompak kelas A1 yang sarat dengan ciri bantuan tunggangan

7

Kebiasaannya, skuter elektrik direka untuk tunggangan dalam laluan urban dengan penawaran spesifikasi yang ringkas.

Anda mungkin memerlukan sebuah aplikasi mudah alih untuk mengetahui status dan info semasa.

Jika itu tidak mencukupi, boleh lihat skuter terbaharu yang dihasilkan oleh Niu, iaitu FQiX 300.

Skuter elektrik ini mampu menjana kuasa setinggi 5.5 hp dan daya kilas 180 Nm, melayakkannya dikategorikan di bawah kelas A1 Eropah, bersamaan dengan skuter bersesaran 125 cc.

Dengan dua bateri 72V 28Ah, ia boleh bergerak sejauh 109 km untuk sekali cas penuh.

Apa yang membuatkan skuter ini menarik ialah penawaran ciri bantuan elektronik seperti ABS, kawalan cengkaman, sistem pengesanan titik buta, bantuan auto hold, pengesanan GPS serta bantuan undur.

Selain itu, ia turut didatangkan dengan skrin paparan TFT 5 inci lengkap dengan sambungan kepada peranti pintar, navigasi, Bluetooth, sistem kunci NFC, serta port pengecasan USB Type-A dan Type-C.

Ciri lain termasuklah rim 14 inci, ruang storan bawah pelana 31 liter, pelana setinggi 785 mm, dan lima mod tunggangan.

Harga jualan untuk sebuah Niu FQiX 300 bermula dari 2,999 euro (RM14,097).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here