
Lambretta G350 Series II rasmi meluncur ke pasaran tempatan pada harga RM29,800 seunit pada acara Malaysia Autoshow (2025) di MAEPS, Serdang.
Lambretta G350 Series II hadir dengan penampilan baru yang disebut ‘Remaster Collection’ dengan rekaan klasik yang memang menjadi ciri khas jenama tersebut.
Generasi kedua itu tampil dengan estetika yang dikemas kini dan prestasi dipertingkatkan menerusi pilihan warna badan Bianco-Rosso, Grigio-Bianco dan Nero-Bianco.
Berikut antara ciri peralatan yang didatangkan pada Lambretta G350 Series II :
- Menampilkan lencana hiasan panel sisi serba baharu.
- Mengekalkan simbol G350 klasik dan logo Lambretta asal dengan takrifan semula gabungan gaya abadi dan kejuruteraan inovatif.
- Dilengkapi lampu LED penuh (depan dan belakang) untuk cahaya terang dan cekap.
- Menampilkan reka bentuk heksagonal khas Lambretta di bawah cahaya LED sebagai penghormatan kepada sejarah jenama tersebut.
- Ciri menarik logo Lambretta timbul dalam cahaya lampu.
- Menggunakan paparan meter TFT digital dan skrin tersebut hadir dengan teknologi moden yang mana warnanya dapat berubah mengikuti pencahayaan.
- Pengecas USB yang terletak dalam ‘glove box’.
- Dilengkapi Sistem Brek Anti Kunci (ABS) terkini dan sistem suspensi ‘double arm-link’ yang revolusioner.
- Saiz tangki minyak 9 liter.
Lambretta G350 Series II menggunakan enjin 330.1 cc silinder tunggal penyejukkan cecair yang menghasilkan kuasa 26.5hp @ 7,500 rpm dan tork 25.3Nm @ 6,250 rpm bersama transmisi CVT.