BMW R1300GS lesap ‘ditunda’ pencuri

43

Polis memburu dua lelaki yang terlibat dalam kejadian kecurian sebuah motosikal berkuasa tinggi, BMW R1300GS di Taming Sari, Cheras, Kajang pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 46 tahun berhubung kejadian tersebut, jam 8.23 malam, hari sama.

Beliau berkata, mangsa yang bekerja di syarikat swasta membuat pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pondok pengawal keselamatan.

“Hasil rakaman mendapati motosikal pengadu telah dibawa keluar oleh dua lelaki sekitar jam 5.45 petang.

“Salah seorang suspek menaiki motosikal jenis Yamaha telah menunda motosikal pengadu yang hilang itu keluar dari bangunan rumah di sebuah pangsapuri,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kata beliau, semakan nombor pendaftaran terhadap motosikal digunakan oleh suspek didapati palsu selepas pemilik asal telah membuat laporan polis dan mengesahkan motosikal beliau berada dalam milikannya di Terengganu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor yang memperuntukkan penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun, dan denda jika disabitkan kesalahan.

“Pihak polis menyeru supaya orang awam atau individu-individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini untuk menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

“Mereka juga boleh berhubung terus dengan penolong pegawai penyiasat kes, Sarjan Siti Norhafizah Mat Yusoff di talian 011-54539190 bagi membantu siasatan,” jelasnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here