#MAS2025: Givi Malaysia rasmi lancar helmet M37.0 Grande & kotak Ultimo

58

Givi Malaysia memperkenalkan helmet M37.0 Grande dan kotak simpanan Ultimo pada acara Malaysia Autoshow (2025) yang sedang berlangsung sehingga 15 Mei ini di MAEPS, Serdang. 

INFORMASI RINGKAS HELMET M37.0 GRANDE

  • Topi keledar jenis jet (open-face) dengan reka bentuk yang sporty dan agresif.
  • Helmet ini memenuhi piawaian keselamatan terkini ECE 22.06, menjanjikan perlindungan lebih baik.
  • Didatangkan dalam saiz cengkerang berbeza untuk keselesaan optimum iaitu S hingga XL.
  • Ciri-ciri lain termasuk sistem pengikat Micrometric Quick Release Buckle, tiga liang aliran udara, dan lapisan dalam yang lembut, anti-bakteria serta boleh ditanggalkan.
  • Ditawarkan dalam pilihan warna solid dan grafik pada harga masing-masing RM360 dan RM400.
  • Tampil dengan reka bentuk dan pilihan warna White, Sky Blue, Candy Red, Piano Black, Azure Black Blue, Rosso Black Red, Scuro Navy Yellow, dan Scuro Black Red.
  • Helmet GIVI M37.0 Grande ini dijangka akan mula berada di pasaran pada Julai 2025.

INFORMASI KOTAK SIMPANAN ULTIMO

  • Nama siri kotak simpanan ini ialah “THE ULTIMO MONOLOCK TOPCASE”.
  • Terdapat dalam dua pilihan: ULTIMO dan ULTIMO+.
  • Diperbuat daripada bahan Polipropilena (PP) tulen gred tertinggi (tanpa campuran bahan kitar semula) untuk ketahanan jangka panjang.
  • Menawarkan kapasiti storan 35 liter boleh memuatkan sebuah helmet jenis modular dan barangan kecil lain.
  • Menampilkan sistem kunci generasi terbaharu “Crab Lock” untuk akses ruang simpanan lebih mudah dan cepat (dengan satu putaran kunci) tanpa korbankan keselamatan.
  • Varian ULTIMO+ mempunyai ciri tambahan plat aluminium di bahagian atas untuk sentuhan sofistikated dan ketahanan ekstra serta dilengkapi tempat sandar belakang (backrest) untuk keselesaan tambahan pembonceng. 
  • Akan berada di pasaran bermula Julai 2025 pada harga mula RM200, sementara harga untuk varian Ultimo+ akan diberitahu kelak.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here