Utama Berita Automotif Alat komunikasi helmet terbukti mampu selamatkan nyawa rider dalam kemalangan

Alat komunikasi helmet terbukti mampu selamatkan nyawa rider dalam kemalangan

6
Gambar sekadar hiasan

Sejak kebelakangan ini kita dapat melihat kebanjiran produk berbentuk alat komunikasi (communicator) yang boleh dipasang pada helmet.

Bermacam-macam bentuk, dan tidak ketinggalan fungsi-fungsi menarik yang turut ditawarkan dalam pakej yang serba kecil itu.

Namun tahukah anda, produk alat komunikasi itu sebenarnya terbukti mampu menyelamatkan nyawa penunggang di dalam situasi kecemasan?

Menurut laporan RideApart, seorang penunggang motosikal bernama Dustin Hayes berdepan situasi yang mencemaskan ketika sedang dalam perjalanan antara Carefree Highway dan I-17 jam 9 malam.

Tidak dapati dipastikan punca kemalangan tersebut berlaku, namun isteri Hayes, Brooke Hayes percaya suaminya itu mahu mengelak daripada haiwan yang melintas jalan.

Kesan daripada impak tersebut, alat komunikasi jenama Cardo yang dipasang pada topi keledar Hayes segera menghantar mesej amaran ke peranti pintar milik isterinya.

gambar sekadar hiasan

“Saya mendapat mesej yang menyatakan ‘urgent’, dan saya membuka mesej tersebut.

“Dustin mungkin terlibat dalam kemalangan, jadi saya fikir ‘saya akan pandu ke sana, hanya 30 minit sahaja, hanya untuk memastikan apa yang berlaku.

Setibanya di lokasi yang dihantar oleh alat tersebut, beliau tidak nampak apa-apa, namun berdasarkan firasat beliau berjaya menjumpai suaminya yang terdampar di tepi jalan di mana kelibatnya langsung tidak disedari oleh kebanyakan pengguna jalan raya lain.

Jelasnya lagi, “saya tidak fikir orang lain akan menjumpainya sehingga waktu pagi.

Brooke juga turut membuka laman GoFundMe yang membolehkan orang ramai menyumbang derma bagi menampung kos perubatan suaminya yang kini sedang koma.

Difahamkan, pada ketika ini Brooke telah berjaya meraih sumbangan sebanyak $9,830 (RM39,856) daripada sasaran $11,000 (RM44,600).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here