Shoei GT-Air 3 Smart, helmet pintar dengan paparan realiti terimbuh

2

Dengan kemajuan teknologi masa kini, penunggang motosikal boleh memanfaatkan sistem navigasi mudah alih yang terdapat pada peranti pintar.

Ada juga peranti navigasi yang dijual berasingan lengkap dengan fungsi infohibur.

Namun jika anda mahukan tetapan yang lebih ringkas, dapatkan sahaja helmet pintar terbaharu daripada Shoei, iaitu GT-Air 3 Smart.

Helmet fullface ini menampilkan teknologi paparan realiti terimbuh hasil kerjasama dengan syarikat mobiliti EyeLights.

Ia mempunyai visor OLED nano yang menjanjikan paparan HD penuh untuk informasi seperti kelajuan, navigasi GPS, panggilan dan amaran radar.

Sistem ini turut menyokong interkom universal, mikrofon dengan sistem pembatalan hingar aktif, dan boleh disambung dengan bantuan arahan suara Siri dan Google AI.

Dengan unit bateri terbina, sistem ini boleh beroperasi selama 10 jam dan sesuai dengan kebanyakan peranti Android dan iOS.

Harga jualan helmet Shoei GT-Air 3 Smart ini bermula dari €1,199 (RM5,744) di pasaran Eropah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here