Tiada had jarak, tiada had pengguna – Telekomunikasi terkini dari GRACSHAW

1446

Anda tidak percaya, tidak yakin? Itu bermakna anda kena beli. GRACSHAW kini merealisasikan kehendak bikers di negara kita dengan memperkenalkan alat telekomunikasi Convoy Talk Smart Button tanpa had jarak serta tanpa had penggguna.

Hebat, ini satu alat komunikasi terkini dari Sepanyol iaitu produk dari Twiins. Produk tersebut diperkenalkan bersempena dengan pelancaran Helmet GRACSHAW Geomax Asean.



Ternyata corak helmet Geomax Asean memperlihatkan GRACSHAW lebih peka kearah mempromosikan negara-negara Asean kepada masyarakat antarabangsa. Bendera negara-negara Asean yang terdampar di helmet tersebut membuktikan penyatuan yang kukuh sesama negara Asean.

GRACSHAW adalah jenama topi keledar motosikal yang dibuat sepenuhnya di Malaysia. Ia diuji dan diluluskan SIRIM untuk pematuhan keselamatan.

Sempena pelancaran helmet Geomax Asean, harga promosi turut diberian iaitu RM350 + RM49.90 yang terdiri daripada topi keledar Geomax dan ConvoyTalk (HF2 Twiins Bluetooth dan Smart Button) sementara stok masih ada.

Sempena pelancaran, seramai 150 penunggang motosikal terdiri dari pelbagai jenis dan kuasa motosikal telah menyertai konvoi bagi menguji serta merasai keistimewaan produk Twiins Convoy Talk Smart Button.

Istimewanya 150 peserta konvoi tersebut merupakan yang pertama di negara Asean berpeluang mencuba Convoy Talk Smart Button.

Konvoi yang tersusun rapi dan berdisplin membuktikan peserta menerima arahan yang jelas dari ketua marshall sewaktu menunggang. Ini membuktikan keberkesanan sistem Conyoy Talk Smart Button iaitu HF2 Twiins Bluetooth dan Smart Button.

Kepada yang berminat memiliki helmet GRACSHAW Geomax Asean dan juga alat telekomunikasi Convoy Talk Smart Button sila berkunjung ke premis wakil pengedar helmet GRACSHAW atau boleh layari di fb Gracshaw Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here