Lewis Hamilton dikenakan penalti, podium tempat ketiga direbut!

1541

Lewis Hamilton telah menduduki tempat ketiga dalam Formula 1 Grand Prix Brazil. Walau bagaimanapun, Lewis Hamilton dikenakan penalti dan podium tempat ketiganya dirampas oleh pelumba McLaren Renault, Carlos Sainz.

Dalam perlumbaan di Autodromo Jose Carlos Pace, Hamilton menduduki tempat ketiga di belakang pelumba Red Bull Racing Honda, Max Verstappen dan pelumba Scuderia Toro Rosso-Honda, Pierre Gasly. Satu pusingan sebelum melapasi garisan penamat, Hamilton mengalami insiden dengan Alexander Albon.



Pada pusingan ke-70, Hamilton telah bersentuhan dengan jentera Albon ketika kedua-duanya memberi saingan untuk tempat kedua. Ketika membelok dan ingin memotong Albon, juara dunia kelihatan sedikit merempuh kereta Albon. Albon tersasar ke luar litar, sementara Hamilton dapat meneruskan perlumbaan dan akhirnya selesai ditempat ketiga.

Pada masa kejadian, FIA segera melakukan siasatan ke atas kejadian itu. Selepas perlumbaan, ketika Hamilton sudah memperoleh tempat ketiga, FIA mengumumkan hasil siasatan itu.

Hamilton dianggap bersalah atas kejadian itu. Akibatnya, pemandu berusia 34 tahun itu diberikan penalti 5 saat, dan dengan itu dia  kehilangan podiumnya.

Lewis Hamilton dikenakan penalti dan podiumnya dihuni oleh Sainz, yang sebelum ini menduduki tempat keempat. Lewis Hamilton jatuh di tempat ketujuh, di mana Kimi Raikkonen, Antonio Giovinazzi, dan Daniel Ricciardo naik ke posisi empat hingga enam.

Bagi Sainz, hukuman Hamilton seperti durian runtuh. Kerana pasukan McLaren-Renault, mereka dapat mencapai podium pertamanya dalam perlumbaan F1.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here