Marc Marquez akui harungi musim yang sempurna

1219

Marc Marquez menutup musim MotoGP dengan kemenangan di MotoGP Valencia, mengesahkan dominasinya pada musim ini. Marc Marquez akui harungi musim yang sempurna dan sukar untuk diulang.

Marquez muncul pelumba pertama tiba di garisan penamat pada MotoGP Valencia di litar Ricardo Tormo pada hari Ahad (17/11/2019). Ia merupakan kemenangannya ke-12 dalam 19 siri yang berlangsung musim ini.



Penguasaan Marquez dapat dilihat dari bagaimana dia selalu berada di peringkat dua terbaik ketika menyelesaikan perlumbaan. Satu-satunya siri di mana penunggang Repsol Honda ini tidak mendapat tempat dipodium adalah ketika dia gagal untuk menyelesaikan perlumbaan di MotoGP Amerika Syarikat.

Pelumba berusia 26 tahun itu memperoleh 420 mata, unggul mendahului Andrea Dovizioso, yang menamatkan saingan di tempat kedua dengan 256 mata. Juga terima kasih kepada prestasinya, Repsol Honda memenangi triple crown untuk pasukannya.

Marc Marquez akui harungi musim yang sempurna kerana kutipan mata yang diperoleh adalah yang tertinggi dalam kerjayanya setakat ini. Dia mengakui prestasi terbaiknya pada masa ini sukar untuk diulangi.

“Kami bekerja keras, semua ahli pasukan ada satu misi pada hujung minggu ini: memenangi perlumbaan dan cuba memenangi keseluruhan kejohanan (triple crown),” kata Marquez selepas perlumbaan.

“Semua ahli pasukan bekerja dengan baik, ini adalah musim yang sempurna dan sukar untuk diulang,” katanya lagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here