MotoGP Valencia 2019 – Marc Marquez muncul juara, Honda raih Triple Crown

1289

Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez muncul juara dunia pada perlumbaan MotoGP Valencia 2019 yang berlangsung di Litar Ricardo Tormo pada Ahad (16/11/2019).

Marc Marquez memenangi kemenangan ke-12 musim ini selepas mempamerkan hasil yang menakjubkan walaupun bermula bukan di petak pertama.

Beliau juga menamatkan perlumbaan yang berlangsung selama 27 pusingan di barisan hadapan dengan catatan masa 41 minit 21.468 saat, diikuti oleh saingan terdekat iaitu Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT) dan Jack Miller (Pramac Racing).

Melengkapkan kedudukan 5 teratas ialah Andrea Dovizioso (Ducati) dan Alex Rins (Suzuki Ecstar) yang masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.

Jom Baca:   Marc Marquez akui harungi musim yang sempurna

Dengan kemenangan ini, Marc Marquez berjaya memberikan gelaran juara bagi kategori pasukan untuk melengkapkan pencapaian Triple Crown Repsol Honda musim ini.

Ketika perlumbaan berlangsung selama 19 pusingan, Marc Marquez mampu mendahului 1 saat daripada Fabio Quartararo yang berada di tempat kedua.

Sementara rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli mengalami kemalangan ketika pusingan ke 4 di litar Ricardo Tormo.

Andrea Dovizioso tidak dapat mendahului Jack Miller untuk merebut tempat ketiga sehingga perlumbaan memasuki tujuh pusingan terakhir.

Berbaki lima pusingan terakhir, Marc Marquez semakin jauh dari Fabio Quartararo yang berada di posisi kedua dengan perbezaan 1.6 saat.

Sehingga bendera penamat dikibarkan, tidak ada perubahan ketara dalam kedudukan tiga pelumba terpantas, di mana Marc Marquez memenangi kemenangan ke-12 musim ini pada MotoGP Valencia 2019 .

Jom Baca:   Hafizh Syahrin kecewa dengan prestasi jentera

Diikuti oleh Fabio Quartarao di tempat ketiga dan Jack Miller yang dapat mengambil podium terakhir.

Berikut adalah keputusan MotoGP Valencia 2019:

1. Marc MARQUEZ – Pasukan Repsol Honda

2. Fabio QUARTARARO – Petronas Yamaha SRT

3. Jack MILLER – Pramac Racing

4. Andrea DOVIZIOSO – Pasukan Ducati

5. Alex RINS – Pasukan SUZUKI ECSTAR

6. Maverick VIÑALES – Monster Energy Yamaha

7. Joan MIR – Pasukan SUZUKI ECSTAR

8. Valentino ROSSI – Monster Energy Yamaha

9. Aleix ESPARGARO – Pasukan Racing Aprilia Gresini

Jom Baca:   Tular aksi Rara tolak hujan di Litar Mandalika, pelumba MotoGP ketawa

10. Pol ESPARGARO – Red Bull KTM Racing Factory

11. Tito RABAT – Reale Avintia Racing

12. Mika KALLIO – Red Bull KTM Factory Racing

13. Jorge LORENZO – Pasukan Repsol Honda

14. Karel ABRAHAM – Reale Avintia Racing

15. Hafizh SYAHRIN – Red Bull KTM Tech 3

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here