Toyota Outrun kutip RM151k untuk saluran amal

1892

UMW Toyota telah meraih sejumlah RM151,000 dana dari Toyota Outrun yang diadakan di Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Selangor.

Larian 8km sekitar Bandar Rimbayu itu merupakan acara sulung seumpamanya oleh Toyota dengan semua dan berjaya dikutip dari pendaftaran peserta.



Lebih 3,000 peserta hadir termasuk 20 orang dari golongan kelainan upaya yang menunjukkan semangat “Start Your Impposible” (SYI).

SYI ialah kempen jangka masa panjang bersempena Olimpik 2020 Tokyo, menggalakkan semua orang untuk mencabar sesuatu yang mustahil.

UMWT telah menjalankan usaha-usaha CSR (corporate social responsibility) mereka – selain dari menyediakan produk dan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia – dan SYI adalah sebahagian dari sumbangan syarikat itu kepada masyarakat. Ia juga sebagai tanda menyokong syarikat induknya, Toyota Motor Corporations (TMC).

SYI akan mempunyai dua elemen, iaitu larian amal Toyota Outrun dan Toyota Classics, sebuah acara amal muzikal.

Di bawah kempen SYI ini juga, UMWT memperkenalkan Dual Heroes Concept yang membawakan seorang atlet negara yang menggalas cabaran di dua bidang: dalam sukan dan kehidupan seharian.

Melalui konsep ini, UMWT memilih Abdul Latif Romly, atlet Paralimpik pertama Malaysia yang diangkat sebagai Atlet Tahunan 2016 sebagai Duta SYI.

Latif dipilih menjadi Duta SYI Malaysia atas factor beliau yang telah mencatatkan pencapaian luar biasa ketika Paralimpik Musim Panas 2016. Dunia menyaksikan beliau memecahkan rekod bagi acara lompat jauh T20 sebanyak 3 kali dalam hari yang sama.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here