Dron gergasi UTHM mampu angkat beban 200kg, pecah rekod Malaysia Book of Records

1441

Baru-baru ini, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR) menerusi ciptaan dron gergasi seberat 400kg.

Inovasi terbaharu tersebut dikenali sebagai C-Drone yang dihasilkan kumpulan penyelidik UTHM dan mampu membawa muatan seberat 200kg. 



C-Drone itu digerakkan oleh kuasa bateri dan jenis Multirotor Vertical Takeoff and Landing (VTOL). Saiz prototaip dron kargo UTHM berkenaan kira-kira lima meter panjang, lima meter (lebar) dan dua meter (tinggi).

“Ciptaan dron gergasi berkenaan sekali gus berjaya mencipta rekod dalam MBR bagi kategori beban terberat yang boleh diangkat oleh sesebuah dron,” kata Ketua Projek, Profesor Madya Dr Zamri Omar.

Projek tersebut dimulakan dengan aktiviti analisis dan reka bentuk, simulasi, fabrikasi komponen, pemasangan, integrasi sistem dan pengujian terbang yang memakan masa kurang dua tahun dibantu oleh sekumpulan pelajar dan penasihat pakar universiti tempatan dan pihak industri.

Dana projek C-Drone diperoleh daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan sebahagian daripadanya dibiayai pihak UTHM sendiri.

Kejayaan UTHM mencipta dan melaksanakan ujian awal prototaip C-Drone dapat menjadi motivasi dan membuka ruang bagi universiti serta pihak industri yang berminat bekerjasama mengembangkan potensi dron berkenaan ke arah pengkomersialan.

BACA>>PDRM bakal terima 16 dron berkuasa tinggi bagi tingkatkan tahap keselamatan sempadan

BACA>>Dron MQ-25A Stingray berjaya isi minyak jet pejuang di ruang udara

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here