
Lazimnya, ketika kanak-kanak memasuki usia enam tahun mereka diajar dengan kemahiran asas seperti membaca, mengira dan menulis.
Namun, Zayn Sofuoglu yang merupakan anak kepada lagenda Kenan Sofuoglu sudah pandai menunggang motosikal berkuasa tinggi!
Populariti Zayn mula meletup ketika usia tiga tahun selepas dia dirakam memandu sebuah Ferrari di litar karting milik bapanya di Turkiye.
Ketika usia lima tahun, Zayn dilapor mencatat kelajuan tertinggi melebihi 322 km/j dengan memandu sebuah Lamborghini.
View this post on Instagram
Pada usia enam tahun, Zayn dilihat menunggang dua buah motosikal berkuasa tinggi, iaitu BMW M1000 RR dan Kawasaki H2R.
Agak menakjubkan untuk seorang kanak-kanak seberat 23 kg (mengikut kata bapanya) boleh mengawal jentera bersesaran 1,000 cc dengan mudah tanpa sebarang masalah.
Namun, Zayn tetap memerlukan bantuan bapanya untuk mengimbangi jentera dua roda tersebut sebelum memulakan aksi tunggangan.
View this post on Instagram
BMW M1000 RR dikuasakan oleh enjin 999 cc yang mampu menjana kuasa setinggi 218 hp pada 14,500 rpm dan daya kilas 113 Nm pada 11,100 rpm.
Jentera seberat 194 kg ini mampu mencapai kelajuan maksimum 314 km/j dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.1 saat.
Sementara Kawasaki H2R pula dikuasakan oleh enjin 998 cc supercharged dengan hamburan kuasa 326 hp pada 14,000 rpm dan daya kilas 156 Nm pada 12,500 rpm.
Dalam keadaan standard, H2R boleh mencapai kelajuan maksimum 330 km/j.



























