Utama Berita Automotif BMW F900 R & F900 XR (2026) edisi khas diperkenalkan di Perancis

BMW F900 R & F900 XR (2026) edisi khas diperkenalkan di Perancis

5

BMW Motorrad memperkenalkan dua model edisi khas untuk tahun ini, iaitu F900 R dan F900 XR.

Namun sayangnya kedua-duanya ditawarkan eksklusif untuk pasaran Perancis sahaja.

Untuk edisi khas kali ini, BMW France kekal dengan rangkaian F900, tetapi menggunakan inspirasi daripada warna-warna ikonik dalam barisan BMW M.

  • BMW F900 R Special Edition hadir dengan warna baharu Frozen Grey.
  • BMW F900 XR Special Edition pula tampil dengan warna Aurelius Green yang sangat menarik perhatian.

BMW Motorrad France menyatakan bahawa warna Aurelius Green ini biasanya dikhaskan untuk model M1000 XR, menjadikan edisi khas F900 XR ini lebih eksklusif.

Kedua-dua model menggunakan enjin yang sama, iaitu nadi dua silinder 895 cc menghasilkan 103 hp pada 8,500 rpm dan daya kilas 93 Nm pada 6,750 rpm. 

BMW Motorrad turut menawarkan beberapa aksesori pilihan untuk melengkapkan rupa baharu ini:

Untuk F900 R (Frozen Grey)

  • Cermin penghadang angin tinted
  • Penutup tempat duduk sepadan warna
  • Penutup enjin dalam warna Frozen Grey

Untuk F900 XR (Aurelius Green)

  • Cermin penghadang angin tinggi tinted
  • Penutup enjin dalam warna Aurelius Green

Kedua-dua model kini dipamerkan di acara Salon du 2 Roues di Lyon, Perancis, berlangsung dari 26 Februari hingga 1 Mac.

Harga rasmi untuk pasaran Perancis:

  • F900 R – €9,500 (sekitar RM43,752)
  • F900 XR – €12,200 (sekitar RM56,187)

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here