KPTD terima 40 BMW R1250RT, melaksanakan tugas lebih efektif

550

Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) menerima 40 buah motosikal berkuasa tinggi, BMW R1250RT bagi membantu kor terbabit melaksanakan tugas lebih efektif.

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain yang dipetik menerusi Berita Tentera Darat Malaysia berkata, melihat kepada aspek mobiliti serta atur gerak aset semasa KPTD, semestinya menjadi kekangan utama dalam melaksanakan tugas-tugas kepolisan yang kian mencabar.



“Justeru, Tentera Darat sudah meluluskan perolehan 40 Motorsikal Penguatkuasa secara sewaan selama lima tahun bagi membantu KPTD melaksanakan tugas dengan lebih efektif,” katanya.

Majlis Perasmian Penyerahan Motorsikal Penguatkuasa KPTD telah disempurnakan oleh Zamrose dalam Perbarisan Perasmian Motorsikal Penguatkuasa KPTD d di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT), Setapak.

Menerusi laporan portal RTM pula, Zamrose memaklumkan bahawa tentera darat  meluluskan perolehan 40 buah motosikal penguat kuasa secara sewaan daripada syarikat Ammo Defence Sdn Bhd untuk tempoh selama lima tahun.

“Saya melihat perolehan motosikal penguat kuasa ini adalah bertepatan dengan keperluan semasa tentera darat.”

“Saya yakin, dengan amalan tadbir urus yang mampan, perolehan aset ini mampu membentuk KPTD sebagai sebuah organisasi penguat kuasa yang sentiasa relevan, unggul, disegani dan dihormati,” katanya.

Tambah beliau, kegunaan motosikal ini adalah sebagai kenderaan rondaan keselamatan dan tugas pengiring bagi orang kenamaan, konvoi kenderaan tentera serta konvoi membawa peluru dan bahan letupan.

Di samping itu, perkhidmatan Motosikal Polis Tentera ini juga turut digunakan untuk menghantar utusan atau surat berdarjah apabila keadaan memerlukan.

Kredit gambar: FB Tentera Darat Malaysia

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here