
Penggubal undang-undang di Kansas menyedari terdapat satu kelompongan yang sudah lama wujud, iaitu penggunaan lampu isyarat membelok ketika di bulatan yang tidak diwajibkan sehingga kini.
Berbeza dengan Utah yang cuba memansuhkan peraturan tersebut, Kansas mahu mewajibkan peraturan tersebut dan berkuat-kuasa serta merta setelah diluluskan.
Senator Brad Starnes yang menggelarkan dirinya sebagai “the roundabout guy” memperkenalkan Senate Bill 318 yang akan mewajibkan pemandu memberi isyarat ketika menukar lorong atau keluar dari bulatan.
Menariknya, beberapa ahli legislatif menyangka peraturan itu sudah pun wujud — tetapi sebenarnya tidak.
Bulatan dua lorong sering menimbulkan kekeliruan kepada pemandu Amerika, dan menurut laporan Kansas Reflector, ada juga ahli legislatif yang masih keliru cara ia berfungsi.
Beberapa ahli legislatif menyokong cadangan ini. Senator Kellie Warren (Republikan, Leawood) berkata penjelasan niat undang‑undang akan membantu. Pengerusi jawatankuasa, Senator Mike Argabright (Republikan, Olpe), pula tidak membantah dan menyatakan beliau “tiada masalah dengan rang undang‑undang itu.”
Senator Rick Kloos (Republikan, Berryton) turut menyokong walaupun beliau sendiri tidak menggemari bulatan.
“Walaupun saya benci benda bulatan tu, saya suka rang undang‑undang ini,” katanya.
Buat masa ini, penggunaan lampu isyarat ketika di bulatan masih lagi tidak diwajibkan di Kansas.
Ini kerana ramai pemandu di sana yang keliru dengan aliran trafik ketika di bulatan.
Utah pula membuat pendekatan sebaliknya kerana peraturan itu dianggap menambah kekeliruan dalam situasi yang sudah pun memeningkan ramai pemandu di sana.































