
Sebuah negeri di Amerika Syarikat bakal memperkenalkan Akta Kebebasan Bergerak pada masa akan datang.
Akta baharu ini – sekiranya dilaksanakan kelak – akan mengenakan cukai berasaskan perbatuan ke atas pemandu-pemandu di Massachusetts sebagai satu cara untuk mencapai sasaran sifar emisi menjelang 2050.
Menurut Paul Craney, pengarah eksekutif Massachusetts Fiscal Alliance berkata, “ia bukan matlamat, tapi undang-undang sebenar.
Jelasnya, undang-undang baharu ini bertujuan untuk meletakkan kawalan ke atas pengangkutan persendirian, dan mengutamakan sistem pengangkutan awam.
Sementara itu, Cynthia Creem, ketua Majoriti Senat yang juga seorang Democrat berkata, undang-undang baharu ini tidak mengenakan sekatan perjalanan.
“Rang undang-undang baharu ini tidak mengenakan sekatan terhadap penduduk Massachusetts ke atas sejauh mana mereka boleh memandu.
“Ia juga tidak melibatkan denda, penalti, cukai ke atas kenderaan peribadi, dan tidak menjadi niat untuk meletakkan tekanan pada kebebasan individu.
Creem menambah, matlamat sebenar adalah untuk mengembangkan pilihan untuk berjalan, menunggang basikal, atau pengangkutan awam selain mengurangkan kereta dan trak di atas jalan raya.
Jelasnya, frasa “mengurangkan perbatuan kenderaan” adalah satu metrik untuk memastikan negeri itu mencapai sasaran sifar emisi yang ditetapkan.