
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan projek perumahan rakyat yang baharu dibangunkan di atas atau berhampiran stesen pengangkutan awam sebagai langkah menggalakkan penggunaan perkhidmatan itu cara menyeluruh.
Anwar berkata konsep pembangunan perumahan sedemikian bukan sahaja mampu menyediakan kediaman yang lebih strategik kepada golongan berpendapatan rendah tetapi juga membuka jalan kepada gaya hidup bandar yang lebih mampan dan tersusun.
“Ada cadangan untuk membangunkan perumahan di atas stesen (pengangkutan awam) itu sendiri, tetapi memerlukan pindaan-pindaan (undang-undang) tertentu dan sedang diusahakan.
“Contohnya projek Kota MADANI, yang saya tekankan kemudahan asas yang menyeluruh dan berpusat demi kebajikan rakyat termasuk pembangunan vertikal,” katanya.
Sementara itu, Loke ketika mengulas seruan Anwar bagi pembangunan baharu berdekatan kemudahan pengangkutan awam, berkata langkah baharu yang sedang dibincangkan kerajaan itu akan melibatkan perubahan konsep dalam pembangunan dan perancangan bandar.
Beliau berkata pembangunan perumahan dengan akses kemudahan pengangkutan awam memerlukan perubahan besar dari segi dasar dan paradigma dengan objektif untuk menggalakkan mobiliti serta pemilikan rumah rakyat yang strategik.
Menurut Loke, jika perumahan dapat dibangunkan berhampiran stesen pengangkutan awam, kebergantungan kepada kenderaan persendirian boleh dikurangkan.
“Salah satu perkara yang sedang kita bincangkan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (КРКТ) ialah penyediaan garis panduan untuk projek-projek perumahan seperti apartmen yang terletak berhampiran stesen pengangkutan awam.
“Ini termasuk pengurangan keperluan tempat letak kereta kerana mempunyai akses kepada pengangkutan ‘ awam,” katanya.