Berita baik! kenderaan persendirian tidak perlu mempamerkan pelekat ‘cukai jalan’ lagi

1629

Kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan lesen kenderaan bermotor mereka, yang biasa dirujuk sebagai cukai jalan, berkuat kuasa hari ini.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, sebahagian daripada usaha kementerian untuk mendigitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya bagi lesen kenderaan bermotor dan lesen memandu.

Menurutnya, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan, yang menyatakan bahawa lesen kenderaan bermotor mesti ditetapkan dan dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi.



“Ini akan dilakukan secara berperingkat, dengan fasa pertama membabitkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal milik rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Bermula hari ini bagi fasa pertama, kategori kenderaan tertentu sahaja masih perlu mempamerkan lesen kenderaan bermotor mereka, termasuk yang dimiliki oleh firma swasta, warga asing, kenderaan komersial serta kenderaan perkhidmatan awam.

Loke menggalakkan orang ramai mendaftar akaun JPJ di https://public.jpj.gov.my/ atau muat turun aplikasi telefon MyJPJ untuk mengakses lesen kenderaan motor digital dan lesen memandu mereka.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook

“Saya mengalu-alukan semua pemandu dan pemilik kenderaan untuk beralih kepada platform digital. Dengan ini, kesesakan dan barisan panjang di kaunter JPJ dapat dikurangkan,” katanya.

Beliau berkata kementerian akan mempertimbangkan kesiapsiagaan sistem JPJ dan penerimaan orang ramai sebelum meluaskannya kepada kategori lain.

Sementara itu, lesen memandu fizikal masih diperlukan untuk warga asing, pemegang pelajar memandu, lesen vokasional serta permit memandu antarabangsa. 

Bagaimanapun, bagi mereka yang masih mahu menggunakan pelekat cukai jalan itu sebagai opsyen. 

PS: Roadtax kena bayar, cuma tidak perlu tampal pelekat cukai jalan kat cermin hadapan!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here