Audi buka tempahan kenderaan elektrik, ada tujuh model harga bermula RM369,000

385

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) bakal melancarkan rangkaian model elektrik Audi dengan menawarkan tujuh model sekali gus untuk pasaran tempatan. 

Bagi yang berminat, PHSAM turut membuka tempahan varian Q8 e-Tron menerusi model SUV dan Sportback yang bakal dijual pada harga bermula RM369,000 hingga RM476,000. 

Bagi rangkaian Q8 e-Tron, ia membabitkan



  • Q8 e-tron advanced 50
  • Q8 Sportback e-tron advanced 50
  • Q8 e-tron S line 55
  • Q8 Sportback e-tron advanced 55

Bagi e-tron GT quattro pula, ia dijangka ditawarkan pada harga bermula RM559,000 hingga RM643,000. Sementara jentera berprestasi tinggi RS e-tron GT sudah boleh ditempah dengan harga di antara RM749,000 dan RM769,000.

Audi mula memasuki era elektromobiliti pada tahun 2018, sekali gus menjadi pemangkin kepada masa depan elektrik jenama berkenaan. 

Segmen SUV elektrik mewah

Q8 e-tron kini menetapkan standard baharu dalam segmen SUV elektrik mewah. Varian tertinggi SUV dan sportback elektrik itu mengagumkan ramai dengan konsep pemanduan yang dioptimumkan. Ia memiliki tahap aerodinamik lebih baik, prestasi pengecasan lebih pantas, kapasiti bateri 114kWh dan peningkatan jarak gerak sehingga 600 kilometer. 

Ciri-ciri utama yang ada termasuklah lampu projektor singleframe serba baharu, lampu utama LED digital matrix dan cermin luaran maya pertama seumpamanya di dunia yang dipasang pada sebuah EV. Bukan itu sahaja, Malaysia akan menjadi salah satu negara pertama di Asia yang menerima Q8 e-tron selepas produksi pertamanya bagi tahun 2023 diperkenalkan. 

Pecutan 0-100km/j hanya 3.3 saat

Dengan reka bentuk emotif dan teknologi yang revolusionari, e-tron GT coupé yang memenangi anugerah menginterpretasikan kembali idea klasik gran turismo: Satu hasil kerja seni yang teknikal, e-tron GT quattro dan RS e-tron GT menawarkan kegunaan setiap hari yang cemerlang dan mampu dipandu dalam jarak jauh sehingga 501km. Kuasanya boleh dirasai serta-merta dan RS e-tron GT mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 3.3 saat. 

e-tron GT menyerlahkan sistem quattro elektrik termaju, brek keluli bersama saduran tungsten karbida untuk memberi lebih ketahanan dan bumbung karbon (pada varian RS dan e-tron GT dengan Dynamic Package).

Sebelum melancarkan rangkaian model e-tron pada pertengahan tahun 2023, Audi sebenarnya sudahpun membangunkan pelbagai perkhidmatan selepas jualan dan program jaminan yang direka khusus untuk jentera elektrik demi meningkatkan tahap kesetiaan, keyakinan serta pengalaman pelanggan. 

Semua juruteknik servis Audi sudah dan akan terus menjalani latihan, penilaian dan persijilan sebagai sebahagian daripada usaha kemasukan EV Audi Malaysia ke pasaran tempatan. 

Untuk tempoh terhad, Audi RS e-tron GT boleh dilihat secara dekat di bilik pameran Audi di Glenmarie, Juru dan Setia Alam. Ia juga akan dipamerkan pada acara Audi Showcase di 1Utama Shopping Centre hujung bulan ini iaitu bermula 22 hingga 26 Februari 2023.

Galeri RS e-tron GT

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here