Modenas lancar Elegan 250 EX serba baharu, harga RM16k

1994

Modenas membuka tahun baru menerusi pengenalan skuter maxi Elegan 250 EX serba baharu pada harga RM16,997 selepas hampir dua tahun vakum di pasaran. 

Elegan 250 EX didatangkan dengan enjin 250cc yang kini patuh piawaian Euro 4. Janakuasa SOHC, 4 lejang dan silinder tunggal itu menawarkan output kuasa maksimum 16.5 kW @ 7000 rpm dan tork 22.4 Nm @ 6500 rpm bersama transmisi CVT.

Selain menghasilkan emisi rendah, enjin tersebut juga menawarkan penjimatan api lebih baik.



Modenas Elegan 250 EX kini didatangkan dengan pembaharuan signifikan agar kekal relevan di pasaran antaranya lampu depan projektor lebih moden yang kini dipadankan dengan lampu nyala siang (DRL) LED. Pada lampu depan turut disematkan lencana Kymco.

Lampu belakang berbentuk X menjadi identiti bagi skuter maxi tersebut sekaligus memberikan pencahayaan lebih terang.

Selain itu, speedometer multi fungsi yang menggabungkan paparan analog dan digital menawarkan pelbagai maklumat misalnya perbatuan, jam, voltan bateri, indikator minyak dan lain-lain.

Elegan 250 EX juga dilengkapi dengan soket pengecas USB yang diletakkan dalam ruang simpanan di tepi hendal.

Keyakinan membrek diserahkan kepada sistem Brek Anti Kunci (ABS) dwi saluran yang 
menghindari roda daripada terkunci dan memberhentikan skuter dengan selamat.

Sementara, bahagian kaki Elegan 250 EX disokong oleh suspensi teleskopik (depan) dan lengan ayun (belakang) bersama tayar bersaiz 120/80 R14 (depan) dan 150/70 R13 (belakang).

Demi ketenangan pemilik, Modenas menawarkan jaminan dua tahun atau 20,000km (mana tiba dahulu). 

Pasaran tempatan menerima dua pilihan warna iaitu Matte Silver Crystal dan Petroleum Blue. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here