Modenas Elegan 250 ABS seronok ditunggang, namun pencahayaan terhad

4399

Modenas Elegan 250 ABS, seronok ditunggang, namun kelemahan cahaya lampu terserlah dan sedikit mengecewakan.

Skuter kelas pertengahan buat mereka yang bajet sederhana. Model ini sebenarnya memberi pulangan lumayan untuk berulang alik ke tempat kerja.



Namun setiap yang baik pasti ada kelemahannya. Penulis buktikannya setelah melakukan beberapa ujian selama seminggu.

Apa yang penulis coretkan nanti bukannya bertujuan memperlekehkan jenama malah satu teguran.

Ianya bukan pandangan peribadi, malah hasil kajian melibatkan pengguna yang telah memiliki skuter ini.

Keterampilan Elegan 250 ABS yang baru selayaknya digelar perubahan trend terkini.

Bulan November 2020 Modenas memberi kejutan pasaran skuter di Malaysia dengan memperkenalkan model ini.

Apa sasaran mereka terhadap skuter kelas pertengahan ini?

Tumpuan utama penulis bila pertama kali melihat Skuter ini ialah lampu depan projektor  LED dengan lampu Daytime Running Light (DRL) yang berfungsi pada waktu siang.

Ini sesuatu yang baru dan memang terpuji. Tampak menarik dan memukau mata.Adakah fungsinya membantu penunggang? 

Soalan berkenaan akan penulis kupaskan nanti.

Terpana melihatkan speedometer dengan pelbagai info sewaktu menunggang.

Pencahayaan didalam speedometer tersebut pada waktu malam tidak menyilaukan mata serta tidak menggangu. Penulis menunggang uji tanpa kira waktu.

Pengamatan penulis sebagai seorang bikers mendapati skuter ini agak menunduk seolah-olah kearah sporty. Patutlah pecut laju tidak terasa halangan angin dari depan.

Langkah keselamatan diutamakan dengan sistem Brek yang memenuhi selera masakini. Kenyataannya brek depan dilengkapi dengan cakera 260mm dilengkapi ABS.

Konfigurasi yang sama di belakang dengan cakera bersaiz 240mm. Penulis akui sistem brek yang terdapat pada Elegan 250 ABS sememangnya terbaik.

Menyentuh tentang enjin.Modenas Elegan 250 ABS dikuasai enjin SOHC silinder tunggal 250cc. Dwi Injap menghasilkan 22hp tork dan 22.5Nm.

Keselesaan menunggang. Bercerita tentang topik keselesaan menunggang baik untuk jarak jauh mahupun dalam bandar.

Isu tersebut sebenarnya dipengaruhi oleh kusyen (pelana) yang lembut.

Medium Back Rest itu istilah penulis kategorikan terhadap kusyen yang tenggelam didepan serta dilengkapi dengan penyandar bertujuan menambah keselesan penunggang.

Walaupun badannya berkategori mampat dengan berat 195kg serta tiada ruang laluan angin kiri dan kanan namun kuasa pecutan menakjubkan meskipun lontaran tenaga halus.

Penulis masih mampu mengendalikan skuter ini dengan sempurna sewaktu berdepan dengan halangan angin dari kiri dan kanan sewaktu memecut.

Kawalan pada hendal bar tidak meragukan. Kesesuaian tanpa mengira tangan anda panjang atau sebaliknya.

Bagi kaki kona,suspensi perlu dilaraskan mengikut berat. Kesilapan pelarasan suspensi belakang akan memberi impak yang besar. Khususnya jika membonceng.

Manafaatkan apa yang ada. Itu prinsip yang penulis sentiasa terapkan sewaktu menunggang uji motosikal maupun skuter. 

Seperti skuter maxi yang lain, Elegan 250 ABS membekalkan ruang penyimpanan barang yang mewah.

Selain tu terdapat juga soket pengecas USB terletak di sebelah kiri pada bahagian depan. Skuter yang agak jimat pengunaan minyak dan kapasiti bahanapi ialah 12.5 liter.

Seperti yang penulis janjikan, mengupas kelemahan yang terselit di Modenas Elegan 250 ABS. Mungkin pada setengah pihak isu ini terpencil.

Namun bagi penulis isu ini melibatkan keselamatan khususnya menunggang di malam hari dikelilingi persekitaran gelap gelita.

Apa maksud penulis “pencahayaan terhad”? 

Umum mengetahui skuter Elegan 250 ABS dilengkapi lampu depan berteknoloji tinggi dengan rekabentuk terkini.

Diawalnya penulis menjangkakan kemungkinan mata penulis yang berusia setengah abad terkhilaf dengan simbahan cahaya yang dilontarkan dari LED lampu depan skuter iini.

Percubaan hampir 3 malam menyaksikan keputusan yang sama. Bagi menyelesaikan kekusutan yang hadir, langkah drastik terpaksa diambil.

Langkah ngopi-ngopi bersama dengan beberapa orang pemilik model yang sama telah diatur. Hasil dari pertemuan tersebut luahan masalah yang kedengaran semuanya sama.

Simbahan cahaya dari LED lampu projektor depan tidak “Cakna Pengguna”.

Kelemahan yang datang dalam dua situasi, baik simbahan cahaya sewaktu lampu rendah mahupun lampu tinggi (high beam).

Rasanya tidak terlalu lewat bagi Modenas memperbetulkan atau membaikpulih kealapaan berkenaan.

Tanpa cahaya, malam adalah malap,sempurnanya cahaya pergerakan terancang. Kelemahan berkenaan jangan dinilai pada harganya.

RM15,315 (tanpa cukai jalan, insuran dan yuran pendaftaran) penawaran harga yang mesra pengguna.

Dua warna menarik ditawarkan iaitu Satin Matte Red dan Satin Matte Black. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here