Pengangkutan awam Jakarta lebih baik daripada KL, Bangkok

43

Gabenor Jakarta, Pramono Anung Wibowo mendakwa pengangkutan awam di Jakarta mengatasi beberapa ibu kota negara jiran, memetik kaji selidik yang dijalankan oleh kumpulan media dan perniagaan yang berpangkalan di London, Time Out.

Menurut Pramono, berdasarkan kaji selidik, Jakarta menduduki tempat ke-17 daripada 50 bandar di peringkat global dan berada nombor dua di Asia Tenggara di belakang Singapura.

“Jadi kita mendahului Kuala Lumpur, Manila, Bangkok, dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan media. 

MRT Jakarta

Beliau melahirkan rasa bangga dan berpuas hati dengan keputusan tersebut dan menekankan aspirasi bandar itu untuk terus meningkat.

“Mudah-mudahan, bersama-sama, kita dapat memastikan Jakarta bukan sahaja mengekalkan kedudukan ini, tetapi juga mengatasinya pada masa hadapan,” tambahnya.

Time Out menerbitkan hasil kaji selidik itu pada 20 Mac lalu mengumpulkan maklum balas daripada 18,500 pengguna pengangkutan awam di lebih daripada 50 bandar di seluruh dunia. Para responden menilai kualiti perkhidmatan di bandar masing-masing.

Hong Kong menduduki tempat teratas dalam ranking global, diikuti oleh Shanghai dan Beijing.

Manakala Singapura mendahului bagi peringkat Asia Tenggara dengan kedudukan tertinggi di tempat ke-12 diikuti Jakarta di tempat ke-17. 

Pramono juga menyatakan bahawa pengangkutan awam di Jakarta telah kembali seperti biasa susulan protes pada akhir Ogos yang menyebabkan kerosakan teruk.

Tujuh perhentian Transjakarta dibakar semasa demonstrasi, dengan 16 lagi rosak akibat vandalisme.

ARTIKEL LAIN

PMX : Perumahan baharu perlu dibangunkan berhampiran stesen pengangkutan awam

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here