
Polis Trafik Kuantan merampas 24 buah motosikal mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam operasi penguatkuasaan besar-besaran, pada Ahad.

Remaja itu disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda hingga RM15,000 jika sabit kesalahan.
“Pihak polis menjalankan Op Samseng Jalanan susulan aduan awam tular di media sosial mengenai kegiatan lumba haram dan aksi motosikal berbahaya yang sering berlaku setiap hujung minggu di sekitar bandaraya Kuantan,” katanya.
Mohd Adli berkata, kesalahan paling banyak dikesan menggunakan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dengan 52 saman diikuti tiada cermin sisi (41) dan ekzos bising (32).
Turut dikesan kesalahan tidak memiliki lesen memandu (16 saman), pengubahsuaian tidak sah (10 saman) dan selebihnya melibatkan lain-lain kesalahan iaitu tiada insurans, lesen P, topi keledar, brek dan penunggang bawah umur.