Utama Berita Automotif BMW Amerika panggil balik satu unit S 1000 RR akibat masalah suis...

BMW Amerika panggil balik satu unit S 1000 RR akibat masalah suis isyarat membelok

5

Satu kempen panggil semula diumumkan oleh BMW Amerika Utara melibatkan hanya satu unit BMW S 1000 RR (2026). 

Ia berpunca daripada suis isyarat membelok yang dipasang itu tidak dihasilkan mengikut standard oleh pembekal. 

Menurut BMW, suis tersebut mempunyai butang reset yang boleh diaktifkan secara tidak sengaja pada masa yang sama penunggang menghidupkan lampu isyarat. 

Ini boleh menyebabkan lampu isyarat terpadam sejurus selepas dinyalakan tanpa disedari penunggang dan boleh meningkatkan risiko kemalangan. 

Laporan Part 573 Safety Recall BMW menyatakan satu‑satunya petanda awal yang mungkin disedari penunggang ialah simbol lampu isyarat berwarna hijau pada papan pemuka akan padam serta‑merta selepas menyala.

Suis bermasalah itu dibekalkan oleh Sensata Technologies Holland BV dari Belanda.

Setakat tarikh pengumuman ini, BMW belum menerima sebarang laporan kemalangan atau kecederaan berkaitan isu tersebut.

Anehnya, tiada maklumat terperinci seperti nombor casis (VIN) disertakan untuk membezakan unit yang terjejas dengan mana-mana model S 1000 RR (2026) yang lain. 

Notis pemberitahuan tersebut hanya dihantar kepada rangkaian pengedar di Amerika Syarikat pada 26 Februari yang lepas, dan menambah “pemberitahuan kepada pemilik tidak diperlukan kerana tiada motosikal telah dijual.”

Ini menunjukkan kempen panggil semula ini hanya melibatkan unit milik pengedar sahaja dan bukannya milik pelanggan. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here