
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor menyita sebuah Nissan GT-R selepas didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans yang sah, baru-baru ini.
Sehubungan itu, kenderaan berkenaan telah ditahan bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.
Menurut kenyataan, pihak JPJ terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan pengguna menjelang sambutan Aidilfitri.
“JPJ ingin mengingatkan semua pemilik dan pengguna kenderaan supaya sentiasa memastikan cukai jalan dan insurans kenderaan adalah sah dan masih berkuat kuasa.
“Kegagalan mematuhi peraturan ini bukan sahaja merupakan satu kesalahan undang-undang, malah boleh mendatangkan risiko besar kepada keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain,” jelasnya.






























