
Tiga jet pejuang Amerika ditembak jatuh secara tidak sengaja oleh rakan sejawat dari Kuwait ketika serangan udara Iran pada Isnin, menurut kenyataan tentera Amerika Syarikat (AS)
Kesemua enam anak kapal berjaya keluar menggunakan kerusi lental daripada pesawat F-15E Strike Eagle tersebut dan berada dalam keadaan stabil selepas diselamatkan, kata pihak AS.
Ketika kejadian pesawat ditembak jatuh, Iran menyerang dengan sebuah pesawat, peluru berpandu dan dron.
Televisyen Iran mendakwa bahawa pihaknya telah menyasarkan salah satu pesawat AS yang terhempas di Kuwait tanpa memberikan penjelasan lanjut.

Letupan kedengaran ketika salah satu pesawat jatuh dari langit dalam keadaan terbakar, kata saksi Ahmed al-Asar, yang bergegas ke lokasi kejadian bersama kira-kira 12 orang lain ketika seorang juruterbang melepaskan diri menggunakan payung terjun ke darat.
Al-Asar awalnya menyangka juruterbang Iran, tetapi menyedari mangsa merupakan warga Amerika sebelum pasukan penyelamat membawanya pergi.
Kuwait menyatakan bahawa pertahanan udaranya telah tertembak jatuh jet-jet tersebut secara tidak sengaja sebagai sebahagian daripada sokongannya terhadap operasi tempur AS di Iran, menurut Markas Pemerintahan Pusat A.S. (CENTCOM).
“Jet pejuang Tentera Udara AS telah ditembak jatuh secara tidak sengaja oleh pertahanan udara Kuwait.
“Kuwait mengesahkan insiden ini, dan kami berterima kasih atas usaha pasukan pertahanan Kuwait serta sokongan mereka dalam operasi yang sedang berjalan ini,” menurut kenyataan.
Pihak Amerika menyatakan punca insiden tersebut masih dalam siasatan.































