Memotong tidak bagi signal, warga emas acu ‘pistol’ di lebuh raya

31

Seorang lelaki warga emas ditahan selepas disyaki mengacukan senjata menyerupai pistol di KME37 Lebuhraya Hubungan Timur-Barat Kuala Lumpur seperti tular di media sosial pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chan Hook berkata, kejadian pada 4.13 petang Ahad itu dikesan menerusi video berdurasi 34 saat yang memaparkan pemandu sebuah SUV telah membuka tingkap dan mengacukan satu objek menyerupai pistol.

“Susulan itu, seorang lelaki berusia 60 tahun ditahan pada 7 malam Ahad dan mengakui yang dia merupakan individu sama memandu dan mengacukan objek pistol mainan seperti di dalam video tersebut,” katanya. 

Chan Hook berkata, lelaki itu mendakwa ketika kejadian terdapat sebuah kenderaan memotong keretanya tanpa memberikan isyarat menyebabkan dia tidak berpuas hati sebelum memintas semula kenderaan tersebut.

Beliau berkata, pemandu kereta itu yang juga seorang lelaki membuka cermin dan marah sebelum suspek turut menurunkan cermin keretanya serta menunjukan objek penyerupai pistol itu.

Chan Hook berkata, semakan mendapati lelaki yang ditahan itu tidak bekerja dan mempunyai lima rekod jenayah lampau.

Beliau berkata pihaknya turut merampas dua pucuk pistol mainan serta sebuah kenderaan SUV milik suspek.

Permohonan reman terhadap lelaki terbabit akan dibuat esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here