Hyundai Staria Electric, 7/9 tempat duduk, 800V, jarak sehingga 400 km!

19

Pada November 2025 Hyundai Motor Malaysia memperkenalkan Staria CKD yang dipasang di Kulim, Kedah dan ditawarkan daripada RM179,888 sehingga RM267,888.

Kini ada versi baharu iaitu Hyundai Staria Electric yang diperkenalkan di Brussels Motor Show.

Untuk pasaran Eropah, dua varian utama ditawarkan iaitu Luxury dan Wagon masing-masing dengan tujuh dan sembilan tempat duduk.

800V, Jarak Sehingga 400V

Rangkaian kuasa elektrik Staria Electric terdiri daripada bateri 84 kWj dengan motor 160 kW (218 ps) pacuan roda depan.

Sistem 800 volt membolehkan aliran kuasa tinggi dengan penghasilan haba minimum, sekaligus menyokong pengecasan pantas berulang.

  • Pengecasan DC 10–80% sekitar 20 minit
  • AC Onboard Charger 11 kW
  • Penutup port pengecasan dipanaskan untuk cuaca sejuk

Jarak pemanduan pula sehingga 400 km (WLTP). MPV besar ini turut dilengkapi fungsi Vehicle-to-Load (V2L) dalaman dan luaran.

Pemanduan & Pengendalian

Motor elektrik memberikan tork segera untuk pecutan linear walaupun membawa muatan penuh.

Suspensi depan dan belakang ditala semula, manakala bahan penyerap bunyi tambahan memberikan kabin yang senyap pada kelajuan tinggi.

Staria Electric turut direka untuk operasi beban tinggi:

  • Prestasi stabil ketika muatan penuh
  • Struktur badan diperkukuh
  • Penalaan suspensi untuk beban berat
  • Pengurusan tenaga pintar ketika perjalanan jauh

Kapasiti menunda mencecah 2,000 kg (braked).

Rekaan Luar, Depan Rata

Bahagian luar mengekalkan one-curve silhouette Staria tetapi diperhalusi dengan elemen khusus EV. Bahagian depan tampil rata berbanding Staria dengan enjin biasa.

  • Rupa hadapan rata dan tertutup (tiada gril)
  • Lampu jalur mendatar penuh
  • Akses mudah melalui dua pintu gelangsar
  • Tingkap besar, garis pinggang rendah untuk penglihatan luas
  • Rim 17 inci

Pilihan warna:

Terdapat sejumlah warna dan dari gambar boleh dilihat kilauan yang menarik.

Hyundai menawarkan pilihan Abyss Black Pearl, Creamy White, Classy Blue Pearl, Shimmering Silver Metallic, Ecotronic Gray Pearl, Cast Iron Brown Pearl, Dynamic Yellow dan Galaxy Maroon Pearl.

Bahagian dalam juga tampil dengan sejumlah warna seperti Black, Black/Ecru Beige, Black/Anthracite Brown, Black/Bordeaux Brown dan Gray/Rotorua Cream.

Ruang Dalaman, Fleksibiliti & Komponen Digital

Staria Electric direka sebagai ruang hidup bergerak, terang, luas dan mudah diakses.

Lantai rata memberikan pergerakan mudah di antara barisan kepada penumpang.

  • Paparan digital berkembar 12.3 inci
  • Rekaan mendatar dan butang fizikal untuk fungsi penting
  • Shift-by-Wire pada stereng (varian lebih atas)
  • Ruang stor besar di atas panel
  • Pemegang bantuan untuk penumpang depan

Luxury 7-tempat duduk:

  • Kerusi barisan kedua dengan pemanas dan pengudaraan
  • Ruang kargo 435 liter

Wagon 9-tempat duduk:

  • Kerusi luncur & lipat
  • Ruang kargo 1,303 liter
  • Tempat duduk depan berhaba/berliang (opsyen)

Turut dilengkapi Talk Function iaitu suara pemandu ke pembesar suara belakang.

Hyundai SmartSense (ADAS) – Kamera & Radar Penuh

  • Bantuan Pengelak Pelanggaran Hadapan (FCA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Bantuan Mengekori Lorong (LFA)
  • Bantuan Pemanduan Lebuhraya (HDA)
  • Kawalan Jelajah Pintar (SCC)
  • Bantuan Had Laju Pintar (ISLA)
  • Bantuan Pengelak Pelanggaran Titik Buta (BCA)
  • Bantuan Pengelak Pelanggaran Lintas Trafik Belakang (RCCA)
  • Paparan Sekeliling 360° (SVM)
  • Amaran Tumpuan Pemandu (DAW)
  • Lampu Tinggi Automatik (HBA)
  • Bantuan Parkir (PA)

Jualan di Korea dan Eropah

Staria Electric akan mula dijual di Korea dan Eropah pada separuh pertama 2026, sebelum menyusul ke pasaran lain.

Adakah pasaran lain tersebut termasuk Malaysia? Masih awal untuk disahkan.

Setakat ini tidak sukar untuk menemui MPV mewah elektrik dari China di jalan raya tempatan dan menarik jika turut disertai MPV elektrik Korea.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here