
Toyota GR Corolla facelift (2026) rasmi dilancarkan ke pasaran tempatan pada harga :
Semenanjung Malaysia :
- GR Corolla AT: RM378,950
- GR Corolla MT: RM368,950
Langkawi :
- GR Corolla AT: RM233,500
- GR Corolla MT: RM227,300
Selain kekal menawarkan versi manual, pengenalan transmisi automatik memberi dimensi baharu kepada pemanduan berprestasi tinggi.
GR Corolla menampilkan transmisi 8-kelajuan GAZOO Racing Direct Automatic (GR-DAT). Dengan falsafah Kaizen, pembangunan berasaskan maklum balas pelumba profesional dan Master Driver Akio Toyoda (Morizo) untuk prestasi lebih ekstrem.
Transmisi Automatik Baharu (GR-DAT)
- Masa penukaran gear dipendekkan dan pemilihan gear dioptimumkan untuk menandingi kecekapan transmisi manual.
- Tawaran mod pemanduan SPORT, Normal, dan ECO. Mod SPORT diuji secara meluas di pelbagai litar dan permukaan off-road.
- Didatangkan standard dengan cecair transmisi automatik (ATF) jenis penyejukkan udara sebagai tambahan kepada penyejukkan air ATF.
- Radiator tambahan ditambah untuk meningkatkan penyejukan enjin, dibantu oleh liang kemasukan udara pada gril bawah.
- Corak tukaran gear M-Range yang mengikut gaya berturutan perlumbaan—tolak ke depan untuk downshift dan tarik ke belakang untuk upshift (pecutan).
- Bahan geseran pada klac dan brek dalam transmisi dinaik taraf agar lebih tahan haba untuk penggunaan beban tinggi.
- Tawaran ‘Launch Start Control’
- Pecutan maksimum membolehkan penghantaran kuasa ke jalan raya untuk masa pecutan terpantas dari pegun.
- Kawalan gelinciran pula meminimumkan wheelspin untuk pelepasan yang lebih mantap.
- Eksklusif untuk AT yang boleh diaktifkan dalam mod SPORT dengan mod EXPERT dihidupkan atau VSC dimatikan. Caranya dengan menekan brek, tarik kedua-dua pedal shifter, dan pijak pendikit apabila mesej “LAUNCH READY” muncul.
Sementara itu, enjin masih kekal menggunakan 1.6 liter 3-silinder turbo yang menghasilkan kuasa 300PS dan tork 400Nm tork. Manakala pengaturcaraan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dikemas kini untuk brek lebih stabil di semua permukaan, manakala semakan pada suspensi meningkatkan kestabilan semasa mengambil selekoh laju.
GR Corolla juga didatangkan dengan ketersambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto pada unit paparan audio 10-inci bersama paparan HUD.


