Utama Berita Automotif Jetour G700 pamer aksi redah tasik di Beijing, dah macam bot rekreasi!

Jetour G700 pamer aksi redah tasik di Beijing, dah macam bot rekreasi!

4

Siapa masih ingat beberapa tahun lalu BYD YangWang pernah menggemparkan laman maya dengan aksi SUV U8 yang terapung dan bergerak di atas air. 

Kini, sebuah lagi SUV buatan China iaitu Jetour G700 cuba melawan dan mengalahkan BYD YangWang dengan aksi yang lebih mengkagumkan ramai orang. 

Bertempat di Tasik Yangqi, utara Beijing, Jetour G700 bukan sahaja terapung di atas air, malah ia juga boleh bergerak seperti sebuah bot sebenar menyeberangi kawasan tersebut. 

Versi amfibia ini dinamakan sebagai Ark Edition, di mana ia menggunakan sistem pacuan yang telah diubahsuai. 

Ketika memasuki air, enjin 2.0L turbo PHEV dengan dua motor elektrik tersebut tidak digunakan untuk memacu tayar, sebaliknya digunakan untuk menggerakkan sepasang kipas propeller. 

SUV ini turut dilengkapi dengan sistem giroskopik untuk memastikan casis kekal seimbang di atas air. 

Menurut Jetour, sistem ini dibangunkan untuk kegunaan kecemasan seperti contoh meredah kawasan banjir. 

Jetour G700 dibangunkan atas platform GAIA dan memiliki dimensi badan yang hampir sama dengan Toyota Land Cruiser 300 Series. 

SUV ini dipacu oleh sistem plug-in hybrid CDM-O, terdiri daripada enjin 2.0L turbo 208 hp yang dipadankan dengan dua motor elektrik. 

Kuasa keseluruhan mampu mencecah 892 hp dan boleh bergerak sejauh 1,400 km tanpa perlu pengisian bahan api atau pengecasan bateri. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here