Utama Berita Automotif CJLR sasar jualan Freelander 300,000 unit setahun, 50 peratus daripada pasaran global

CJLR sasar jualan Freelander 300,000 unit setahun, 50 peratus daripada pasaran global

5

Chery Jaguar Land Rover (CJLR) nampaknya sangat yakin dengan model terbaharu mereka, Freelander 8.

Walaupun SUV itu belum pun diserahkan kepada pelanggan pertama, syarikat usaha sama tersebut sudah bercakap tentang sasaran besar, iaitu lebih 300,000 unit setahun dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Untuk capai angka itu, Freelander 8 dan model-model selepas ini perlu benar-benar jadi pencabar global, bukan sekadar laris di pasaran domestik.

Berbeza dengan banyak jenama China baharu yang selesa jual di pasaran sendiri dahulu, CJLR sudah pun merancang jualan global untuk Freelander 8.

Daripada sasaran 300,000 unit setahun, 50% daripadanya disasarkan datang dari pasaran luar negara.

Pengeluaran SUV berkotak dan rugged itu bermula pada 30 Julai di kilang CJLR di Changshu, dengan sasaran awal 5,000 hingga 8,000 unit sebulan.

Ketika bercakap mengenai Freelander 8, CEO CJLR Wen Fei menjelaskan bahawa syarikat akan menghasilkan:

  • model pemanduan kiri untuk China
  • model pemanduan kiri untuk pasaran global
  • versi spesifikasi Eropah
  • versi pemanduan kanan

Beliau turut mendedahkan bahawa Freelander lebih bebas membuat keputusan sendiri tanpa perlu mendapatkan kelulusan Chery atau Jaguar Land Rover. 

Freelander 8 hadir dengan pakej yang meyakinkan, terdiri daripada unit rangkaian kuasa 1.5 liter turbo sebagai unit penambah jarak, bateri CATL 60.33 kWh, suspensi udara jenis dual-chamber, kunci pembeza mekanikal depan, pembeza tengah maya, serta pembeza gelincir terhad (LSD) belakang. 

Output kuasa dan tork masih belum didedahkan, namun melihatkan kepada kelengkapan yang wujud, Freelander 8 memiliki pakej sebuah SUV off-road yang sebenar tanpa mengorbankan keselesaan jalan raya. 

Dalam tempoh lima tahun, CJLR turut merancang untuk memperkenalkan sehingga 6 model baharu yang merangkumi EV bateri penuh, plug-in hybrid (PHEV) serta penambah jarak. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here