Land Rover keluarkan 300 unit Defender V8 Bond Edition, harga mula RM604k

1475

Land Rover mengumumkan Defender V8 Bond Edition baharu bagi meraikan tayangan filem aksi No Time To Die James Bond hujung bulan ini. 

Land Rover Defender merupakan kenderaan utama yang digunakan dalam filem 007 ke-25 bersama dengan dua model Range Rover Sport SVR dan beberapa model klasik lain.

Diinspirasikan daripada spesifikasi kereta yang digunakan dalam filem berkenaan, Defender Bond Edition menerima sentuhan elemen yang dibangunkan oleh jabatan Operasi Kenderaan Khas Land Rover.



SUV berkenaan menampilkan pakej kemasan hitam menerusi rim aloi 22-inci hitam berkilat dan brek kaliper ‘Xenon Blue’ serta lencana khas ‘007’ dan cermin sisi dengan lampu lantai (puddle lamps).

Masuk ke kabin simbol khas 007 diletakkan pada treadplate dan animasi pengenalan pada skrin sentuh. 

Pengarah Jenama Land Rover, Finbar McFall berkata Land Rover Defender V8 Bond Edition menggunakan model eksklusif Defender paling berkuasa pernah dihasilkan yang diilhamkan daripada model filem No Time To Die.

“Ia merupakan pertemuan dua jenama hebat Britain dan merupakan perayaan unik hubungan 38 tahun Land Rover dengan James Bond,” katanya. 

Setiap versi didatangkan dengan ciri terkini iaitu enjin 5.0 liter V8 yang menghasilkan kuasa 5198hp dan pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 4.7 saat dengan kelajuan maksimum 239kmj.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here