Utama Berita Automotif Land Rover Defender Wolf Series II direka untuk kegunaan tentera

Land Rover Defender Wolf Series II direka untuk kegunaan tentera

4

Land Rover memperkenalkan Defender Wolf Series II sebagai kenderaan mobiliti ringan untuk kegunaan tentera.

Ia merupakan susulan kepada kejayaan siri asal Defender Wolf yang telah berkhidmat dengan pasukan tentera Britain lebih 70 tahun.

Wolf Series II ini dihasilkan oleh divisyen pertahanan Defender yang baharu ditubuhkan oleh JLR untuk memenangi kontrak kenderaan mobiliti ringan Kementerian Pertahanan.

Ini kerana kerajaan UK mahu menempah lebih 9,500 kenderaan dan mereka mahukan sebuah LMV yang boleh dihasilkan dalam sembilan varian berbeza.

Ini termasuklah kenderaan tujuan umum, ambulans, kenderaan mobiliti taktikal, kenderaan utiliti, sokongan peralatan, kenderaan pengangkut dan kenderaan misi.

Selain pesanan kenderaan, kontrak tersebut mempunyai peruntukan untuk sokongan termasuklah penyelenggaraan, pembaikan dan sokongan logistik sepanjang kitaran hayat kenderaan.

Defender Wolf Series II telah menjalani sehingga 62,000 jenis ujian di mana Land Rover mendakwa casis dan badan direka untuk bertahan di bawah ujian ekstrem.

Dalam demonstrasi di pusat pengujian bebas Kementerian Pertahanan, Wolf Series II merupakan satu-satunya kenderaan yang berjaya menempuh segala halangan.

Defender juga telah membuktikan keupayaan off-roadnya di dalam acara perlumbaan Rali Dakar.

Berdasarkan imej yang dibekalkan, Wolf Series II hadir dengan kelengkapan seperti bampar keluli tugas berat, pelindung lampu, liang kemasukan udara yang telah ditinggikan, tayar yang lebih tebal, serta rak bumbung.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here