Defender Land Rover 2020 dilihat pada satu set penggambaran

1403

Setelah melihat interior mockup kembali pada bulan Februari yang diikuti beberapa bulan kemudian oleh silhouette kenderaan seperti yang ditunjukkan pada cluster instrumen, Defender Land Rover 2020 kembali dalam rupa bentuk baru yang dilihat dalam paparan pengguna Instagram ‘shedlocktwothousand‘.

Gambar itu ditangkap pada set filem James Bond yang ke-25 berjudul ‘No Time To Die’,  jentera yang bereputasi itu tidak mempunyai apa-apa perlindungan pada bahagian badannya yang berkotak itu, dengan ini mendedahkan identiti dan banyak reka bentuknya.

Nampaknya Defender generasi akan datang akan mengekalkan bentuk berkotak sama seperti model yang terdahulu, tetapi dengan kelainan yang jauh lebih moden memandangkan reka bentuk nampaknya lebih selaras dengan model Range Rover semasa. Pusingan asas pada lampu hadapan yang bersifat ‘old skool’ dikekalkan dimana  model 2020 akan terus mengguna rekaan lampu tersebut untk memberikan penampilan yang lebih lasak.



View this post on Instagram

I’m not going to get in trouble for this — because it’s all over #facebook at the moment! Here is what looks like the first uncovered #defender2020 — straight (apparently) from the film set of the new #bond movie! Makes sense! A few things come to mind. Firstly, the winch is excellent. Secondly, the alpine windows are still there! Thirdly, the rear passenger door looks massive — you’ll never open that in a Tesco car park! Fourthly, there seems to be quite a bit of wheel clearance (though it’s unknown if this is standard height, off road height, or on coils!). Fifthly, checker on the bonnet (yes, the bonnet is a funny shape and there is no real wing to speak of). Sixthly, I’m not sure about the mirrors at all. Seventhly…. well, this could clearly go on a bit! #landroverdefender #allnewdefender #landroverdefender #landrover #thebest4x4xfar #landrovertheworldover #landroverworld #bignews #didntmakefrankfurt #someonesheadwillrollforthis #spyshot #spyfilm #jamesbondfilmset #allnewdefender2020 #newdefender #newdefendernews #newlandroverdefender #defender #landroverdefender #landroverdefender110 #defender110 #defender130 #defender90 #allnewdefender90 #allnewdefender110 #newdefender2020 #newdefender90

A post shared by Steven Firth (@shedlocktwothousand) on

Ciri-ciri ketara yang lain termasuk bonet rata (dengan plat-kotak dan sedikit bonjol), winch hadapan, gerbang roda tebal, dan apa yang kelihatan sebagai tingkap Alpine tradisional, walaupun mereka kurang dapat dilihat di sini kerana badan hitam Defender itu. SUV nampaknya sesuai untuk perjalanan lasak dalam tempoh jangka masa yang lama  berdasarkan jurang di gerbang roda, manakala permukaan bawah juga kelihatan agak sesuai. Ia juga sesuai untuk beberapa perjalanan luar bandar yang tegar.

Secara keseluruhan, kami berpendapat Defender generasi seterusnya telah meminjam sifat reka bentuk dari konsep DC100 dari beberapa bulan yang lalu, yang mana boleh menjadi perkara baik atau buruk bergantung kepada minat seseorang. Walaupun ia kelihatan lebih canggih daripada yang lama, kami pasti ada yang mahu Land Rover kekalkan lebih banyak dari segi kelebihan dan ketahanan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here