Utama Berita Automotif Ratu Elizabeth II mangkat, Land Rover (1958) ini bakal jadi model ‘rare’...

Ratu Elizabeth II mangkat, Land Rover (1958) ini bakal jadi model ‘rare’ & berharga

57409
Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Khamis (waktu tempatan). Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland. 
 

Upacara pengebumian akan mengambil masa selama 10 hingga 12 hari selepas Ratu Elizabeth mangkat.

LAND ROVER CEREMONIAL (1958)

Jadi mari kita lihat kenderaan yang pernah digunakan Ratu Elizabeth. Baginda begitu menyukai jenama Land Rover dan dilihat bersama Defender selama beberapa dekad serta memandu jentera berkenaan hampir 50 tahun.



Dilaporkan, Land Rover kegemarannya ialah Defender 110 TD5 (2002). Selain itu, kemangkatan baginda juga akan menjadikan Land Rover Ceremonial (1958) ini model rare dengan nilai tinggi di dunia.

Trak pikap itu pertama kali digunakan Ratu Elizabeth dalam jelajah Australia 1963 dan merupakan satu daripada enam kenderaan yang dipasang tempatan (CKD) di Sydney khas buat tugas diraja.

Kenderaan istiadat tersebut merupakan sebahagian daripada Koleksi Sejarah Nasional (Bahagian Pengangkutan dan Simpanan) di Muzium Australia.

Dibina oleh Pressed Metal Corporation (PMC) yang berpangkalan di Sydney, model itu sama dengan kenderaan yang digunakan baginda dalam jelajah Komanwelnya pada 1954.

DIPASANG DI HANGAR PESAWAT PERANG DUNIA II

Menurut laporan terbitan REMLR (The Registry of Ex-Military Land Rovers), terdapat lapan kereta yang pada asalnya dibina oleh Land Rover untuk jelajah itu.

Seunit ditinggalkan untuk kegunaan di United Kingdom, seunit dihantar ke New Zealand dan enam unit lagi dibawa jelajah global di antara Bermuda (November 1953) dan Gibraltar (Mei 1954).

Dibangunkan di atas casis 2,184mm, trak pikap itu menggunakan enjin 2.0 liter 4-silinder dan semburan cat badan merah tua yang dinamakan Royal Claret.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here